Nor Azlina, Nasrudin (2002) Pakej E-Learning UPSR Matematik / Nor Azlina Nasrudin. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor’s degree)) Download (17Mb) | Preview |
Abstract
Pakej E-Learning UPSR Matematik, sepertimana namanya, merupakan suatu sistem pembelajaran interaktif menggunakan media elektronik berrmultimedia iaitu komputer untuk mata pelajaran Matematik UPSR. Pakej ini m rupakan suatu sistem "stand-alone" yang bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar bagi mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan UPSR yang sebenar. Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa pengantar pakej ini sejajar dengan silibus subjek Matematik UPSR yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia buat masa sekarang. Dengan cara ini, pelajar lebih mudah mengaplikasikan pembelajaran menggunakan pakej ini dengan peperiksaan yang sebenar. Pakej ini menekankan aspek pembelajaran melalui interaksi pelajar dengan sistem bermultimedia untuk memupuk minat mereka untuk mempelajari dan mengulangkaji subjek Matematik. Pakej ini dibuat khas untuk membantu pelajar-pelajar Tahun 4, 5 dan 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR. Oleh itu, modul-modul penting di dalam sistem ini sudah tentu menumpu kepada pembelajaran iaitu Modul Nota dan Latihan serta Modul Ujian. Bagi kegunaan guru, Modul Ujian disertakan dengan kemudahan untuk menambah soalan-soalan mereka sendiri. Soalan yang telah ditambah boleh diubah atau dipadam pada bila-bila masa. Dengan kemudahan ini, pelajar tidak perlu membuat soalan-soalan yang sama berulang kali. Kesimpulannya, Pakej E-Learning UPSR Matematik ini diharap mampu menjadikan pembelajaran melalui media elektronik iaitu komputer tampak lebih hidup dan menarik. Dengan itu, pakej ini dapat membantu mengatasi masalah pelajar yang tidak meminati mata pelajaran Matematik.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | E-Learning; Mathematics examination; Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR); Learning tools |
Subjects: | L Education > L Education (General) T Technology > T Technology (General) |
Divisions: | Faculty of Computer Science & Information Technology |
Depositing User: | Mr Mohd Jasny Razali |
Date Deposited: | 12 Jun 2018 12:14 |
Last Modified: | 12 Jun 2018 12:14 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8709 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |