Pre-Math / Rozia Wati Badrul

Rozia Wati, Badrul (2003) Pre-Math / Rozia Wati Badrul. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (41Mb) | Preview

    Abstract

    "Pre- Math" yang bakal di bangunkan ini merupakan satu pakej pembelajaran nombor menggunakan kaedah multimedia bagi golongan kanak-kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun iaitu peringkat pra-sekolah. Tujuan pakej ini adalah untuk mewujudkan satu kaedah alternatif dalam proses pembelajaran nombor. Di samping itu juga ia dapat memupuk minat terhadap pembelajaran dan penggunaan komputer dikalangan kanak-kanak di peringkat awal. Maka pakej ini mampu menggantikan pembelajaran nombor secara tradisi yang ada sekarang. "Pre-Math" akan dibangunkan menggunakan dua bahasa iaitu Bahasa Melayu Bahasa Inggeris. Ia akan dilengkapi dengan empat modul utama iaitu modul mengira, modul bermain, modul nyanyian dan modul bantuan. Pakej pembelajaran ini bukan sekadar sebuah pakej multimedia yang biasa dijumpai di pasaran sekarang. Malah apa yang jauh lebih menarik ialah pelbagai teknik bakal digunakan dalam membangunkan modul-modul ini berdasarkan strategi penyelidikan dan pembangunan (R&D). Ini bagi menjamin keberkesanan pembelajaran. Dari sudut rekabentuk pakej ini pula, lebih kepada konsep pembelajaran sambil berhibur. Bagi menarik minat dan tumpuan belajar kanak-kanak semasa pembelajaran, gambar-gambar berunsur kartun berserta elemen multimedia akan digunakan dalam merekabentuk skrin dalam pakej ini. Pakej ini diharap dapat dimanfaatkan oleh semua pihak bagi memupuk minat kepada subjek matematik di kalangan kanak-kanak pada peringkat awal lagi.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: Pre-Math; Kaedah multimedia; Kaedah pembelajaran nombor
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    T Technology > T Technology (General)
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 15 Aug 2019 04:15
    Last Modified: 15 Aug 2019 04:15
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8869

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item