Sistem perpustakaan maya (pengkhususan kertas-kertas teknikal) / Noor Azimah Talib

Noor Azimah, Talib (2000) Sistem perpustakaan maya (pengkhususan kertas-kertas teknikal) / Noor Azimah Talib. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (46Mb) | Preview

    Abstract

    Perkembangan teknologi pada masa kini begitu pantas berlari mengikut arus peredaran zaman. Pelbagai perisian sistem yang telah dihasilkan mengikut keperluan, kehendak dan kesesuaian masa. Keadaan inilah yang telah memungkinkan pembangunan sebuah Sistem Perpustakaan Maya (SPMA) di mana ia merupakan sistem bermaklumat secara atas talian (online). SPMA merupakan sebuah sistem di atas talian yang memainkan peranan bagi membekalkan pelbagai sumber maklumat berbentuk kertas teknikal (technical paper) seperti yang dikehendaki oleh pengguna. Sistem ini dibangunkan di atas talian adalah bertujuan supaya ia boleh dicapai oleh para pengguna dari seluruh dunia. Matlamat utama sistem ini adalah bagi membantu memudahkan pengguna di dalam mencapai maklumat, membuat pencarian dan juga membolehkan mana-mana pengguna yang ingin menyumbangkan maaklumat kepada sistem ini menerusi ruangan yang disediakan. Sistem ini dijangka akan menjadi sebuah sistem yang interaktif dan mampu memberi bantuan kepada pengguna apabila diperlukan. Selain itu, SPMA juga disertakan dengan ciri-ciri tambahan khas buat pengguna seperti membolehkan pengguna menyertakan maklumat tersendiri, menggunakan maklumbalas dari pengguna, membuat sambungan kepada tapak laman akhbar dan menyediakan bahagian yang khusus untuk pembangun sistem menyelenggarakan sistem ini pada masa-masa tertentu. Suatu pemerhatian ke atas pelbagai sumber maklumat dijalankan bagi proses merealisasikan ciri-ciri yang dikehendaki bagi sistem. Oleh itu, penekanan diberikan kepada aspek bantuan kepakaran komputer di dalam menyokong sistem di atas talian. Ini termasuklah pemilihan perisian dan perkakasan yang sesuai termasuklah menentukan pelayar yang sesuai bagi menyokongnya di atas talian. Diharapkan semoga apabila terlaksananya projek ini kelak, ia akan menjadi perintis ke arah melahirkan satu suasana bermaklumat yang kompleks dan bermanfaat kepada semua pengguna pada masa akan datang.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) - Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 1999/2000.
    Uncontrolled Keywords: Perkembangan teknologi; Sistem Perpustakaan Maya
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    T Technology > T Technology (General)
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 20 Aug 2019 01:31
    Last Modified: 20 Aug 2019 01:31
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8880

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item