Translation tool for english / malay and malay / english document / Mohd Idris Hj Odding

Mohd Idris, Hj Odding (2003) Translation tool for english / malay and malay / english document / Mohd Idris Hj Odding. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (22Mb) | Preview

    Abstract

    Alat penterjemah merupakan suatu proses yang menggunakan perisian komputer yang telah dibangunkan untuk menterjemah suatu teks atau dokumen kepada bahasa tabii yang lain. Sistem yang dibangunkan ini merupakan alat penterjemah daripada Bahasa Melayu ke Bahasa lnggeris atau sebaliknya. Alat ini berfungsi untuk menterjemah suatu dokumen sama ada dalam bentuk teks atau emel dan sebagainya. Pemprosesan bahasa tabii (NLP) merupakan sumber utama dalam membangunkan sistem ini. Perisian Visual Prolog 5.2 digunakan sepanjang perlaksanaan rekabentuk dan pengimplementasian projek ini. Metodologi prototaip digunakan bagi mengawal dan mengurus pembangunan sistem ini. Pada hakikatnya, alat penterjemah ini bukan suatu proses yang mudah dengan hanya menterjemah suatu teks daripada suatu perkataan kepada perkataan yang lain. Ia sebenarnya melibatkan proses menganalisis suatu ayat atau frasa berdasarkan peraturanperaturan bahasa dan seteru nya menterjemah perkataan dan frasa tersebut ke dalam konteks asal suatu dokumen. Sistem ini dibangunkan menggunakan pendekatan RuleBased System di mana ia lebih kepada teknik penyepadanan corak dengan bantuan rantaian ke hadapan dan rantaian ke belakang. Matlamat utama projek ini adalah untuk menyediakan suatu fungsi penukaran Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris dan sebaliknya berdasarkan objektif seperti memperbaiki yang sedia ada, membolehkan penterjemahan dua hala (BM<->BI) dengan menggunakan komputer, boleh dijadikan sebagai kamus dwibahasa, meningkatkan atau mengalakkan lagi penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Selain itu, dapat membangunkan satu aplikasi yang menggunakan teknik-teknik utamu di dalam kepintaran buatan. Analisa sistem sedia ada seperti EWGate's EWTranslate, Penterjemah epedoman dan Penterjemah Inggeris-Melayu dijalankan untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan sistem tersebut dalam mencapai objektif yang telah digariskan. Sistem ini merangkumi fungsi-fungsi seperti pemprosesan analisis di mana ia melibatkan dua elemen utama iaitu dalam penentuan tatabahasa dan penghuraian bagi menentukan jenis kategori perkataan. Pentafsiran semantik juga merupakan aspek yang penting di mana ia menentukan makna suatu perkataan, ayat atau frasa. Proses ini penting untuk mengatasi masalah ambiguous. Bagi menjelaskan lagi makna suatu ayat atau frasa, kontekstual/pentafsiran pengetahuan digunakan. Sistem penterjemah ini mempunyai had-had tertentu seperti wujudnya masalah ambiguous di mana suatu perkataan itu mempunyai dua atau lebih makna yang berlainan. Selain itu, sistem ini juga tidak dapat menterjemah bahasa berirama atau lebih bersifat sastera. Sistem ini juga tidak dapat menterjemahkan dokumen atau teks yang menggunakan bahasa pasar. Oleh kerana bilangan ko a kata yang wujud dalam Bahasa Melayu dan Baba a lnggeris adalah besar maka kemungkinan besar terdapat perkataan yang tidak dapat diterjcmahkan. Selain itu, laporan ini juga telah membincangkan mengenai penukaran modul-modul dan algoritrna kepada arahan yang dilaksanakan menggunakan perisian Visual Prolog 5.2 dan strategi pengujian yang dijalankan bagi mengesan ralat yan wujud dalam sistem ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) - Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: Pemprosesan bahasa tabii (NLP); Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris; Alat penterjemah
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    T Technology > T Technology (General)
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 20 Aug 2019 01:51
    Last Modified: 20 Aug 2019 01:51
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8882

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item