Pakej belajar sembahyang bermultimedia / Siti Moliza Muhammed

Siti Moliza, Muhammed (2001) Pakej belajar sembahyang bermultimedia / Siti Moliza Muhammed. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (20Mb) | Preview

    Abstract

    Pada masa kini, penggunaan perisian jenis digital melalui cakera padat (CD) dan halaman web semakin meluas dan ianya mempengaruhi minda masyarakat kita. Projek yang bakal dibangunkan ini adalah Pakej Belajar Sembahyang Bermultimedia. Projek ini adalah untuk memenuhi keperluan semua pengguna berdasarkan kajian yang dijalankan serta sambutan dari orang ramai yang menggalakkan. Pakej ini adalah satu sistem maklumat untuk pembelajaran sembahyang bercirikan multimedia di mana elemen-elemen seperti grafik, audio, animasi dan bunyi akan digunakan. la merupakan satu alat bantuan pembelajaran sembahyang bagi kanak-kanak berumur 6 - 12 tahun . Pakej ini akan meliputi topik seperti Persiapan Untuk Bersembahyang, Wuduk, Kaedah Sembahyang serta perkara lain atau kemusykilan yang berkaitan dengan sembahyang. Pada tahap permulaan, cadangan sistem ini akan dibangunkan dalam bentuk cakera padat (CO). lni memberi peluang kepada pengguna yang tidak mempunyai kemudahan internet di rumah dan kemungkinan pakej ini akan dibangunkan dalam bentuk halaman web. Untuk mewujudkan sistem yang berkonsepkan ramah pengguna, ia akan dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia 6.5 di mana ia menyediakan banyak kemudahan dalam rekabentuk antaramuka pengguna. Di dalam pakej ini, imej yang akan dipaparkan adalah dalam bentuk 3 dimensi. Grafik 3 dimensi ini adalah lebih menarik kerana pengguna boleh melihat imej dari pelbagai sudut (atas, bawah, kiri, kanan). VRML (Virtual Reality Modelling Language) akan digunakan untuk membuat imej bergerak secara berputar, ke kiri, kanan dan sebagainya. Diharapkan pakej ini nanti akan dapat memberi pengetahuan kepada pengguna dan mencapai objektif yang telah digariskan. Semoga projek ini berjaya seperti yang dirancangkan dan diberkati olehNya.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) - Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2000/2001.
    Uncontrolled Keywords: Sembahyang bermultimedia; Sistem maklumat
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    T Technology > T Technology (General)
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 27 Aug 2019 07:23
    Last Modified: 27 Aug 2019 07:23
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8939

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item