Norita Adila, Mustafa (2001) VHDL implementation for jawi character recognition / Norita Adila Mustafa. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Kewujudan tulisan jawi sejak dahulu lagi telah menghasilkan pelbagai karya penting dalam perkembangan islam. Sebagai satu bahasa pengantara, tulisan jawi dianggap penting dalam bidang penulisan. Tidak terhad hanya kepada buku-buku, dokumen-dokumen dan manuskrip-manuskrip yang ditulis dalam tulisan jawi, malah penggunaanya amat meluas dan meliputi keseluruhan bidang. Menyedari kepentingannya, timbul minat saya untuk mengkaji dengan lebih mendalam bagaimana komputer boleh mengenali dan memahami tulisan ini tanpa menggunakan tenaga manusia berdasarkan kepada beberapa kajian yang sedia ada yang telah dijalankan oleb mereka yang pakar dalam teknologi komputer digital. Secara keseluruhan, kajian ini akan membantu memudahkan lagi pengecaman tulisan tangan jawi yang dilakukan secara digital oleh komputer. Komputer akan membantu dalam pengecaman perkataan jawi yang sukar untuk dibaca contohnya tulisan tangan jawi yang mempunyai pelbagai gaya penulisan, manuskrip-manuskrip lama dan lain-lain lagi. Proses peningkatan kualiti imej (Image Enhancement) akan meningkatkan lagi kualiti imej yang diinput dengan menghasilkan output yang lebih jelas dan bermutu. Proses peningkatan kualiti akan menghasi1kan imej yang lebih terang dan jelas dan langkah pengasingan perkataan jawi kepada aksara-aksara tunggal (segmentasi) akan dilakukan untuk tujuan proses pengecaman (recognition).
Actions (For repository staff only : Login required)