Nur Faslin , Sulaiman (2015) Sistem fonologi subdialek Baling, Kedah / Nur Faslin Sulaiman. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Disertasi ini merupakan kajian yang meninjau Subdialek Baling yang dituturkan di Daerah Baling, Kedah, Malaysia. Subdialek Baling merupakan salah satu subdialek atau pecahan dari Dialek Kedah. Objektif utama kajian ini adalah untuk meneliti fonem yang hadir dalam Subdialek Baling dan penyebarannya. Berdasarkan metodologi kajian, kajian ke atas Subdialek Baling menggunakan kaedah penyelidikan lapangan dengan pendekatan huluan. Data kajian Subdialek Baling diperoleh melalui bahan lisan di kampung-kampung yang terpilih. Pemerhatian terhadap aspek fonologi dalam Subdialek Baling melibatkan kajian secara deskriptif, dilakukan terhadap sistem vokal dan sistem konsonan. Kajian juga turut memberi perhatian terhadap rangkap konsonan yang hadir dalam Subdialek Baling. Setiap fonem vokal dan konsonan akan ditentukan berdasarkan penyebaran dan kelainan yang hadir dalam subdialek ini. Kajian ini menggunakan pendekatan yang dikemukakan oleh Kenneth Lee Pike dan antara prosedur yang dikemukakan adalah berdasarkan daerah sebutan, cara sebutan dan kelainan atau variasi. Seterusnya secara tidak langsung kajian ini memperlihatkan adanya pengaruh dari dialek Patani dan dialek Perak yang bersempadanan dengan daerah Baling. Keadaan ini juga turut memberikan kepelbagaian dan ciri-ciri fonologi Subdialek Baling. Walau bagaimanapun, hasil dapatan daripada kajian fonologi ini menunjukkan bahawa Subdialek Baling masih mempunyai ciri-ciri persamaan dan kesejajaran dengan dialek Kedah, termasuklah dialek-dialek utara yang lain.
Actions (For repository staff only : Login required)