Padi dan air sebagai tanda dalam peribahasa Melayu: Pendekatan firasat / Noraini Abd. Shukor

Noraini, Abd. Shukor (2016) Padi dan air sebagai tanda dalam peribahasa Melayu: Pendekatan firasat / Noraini Abd. Shukor. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (874Kb) | Preview

    Abstract

    Peribahasa merupakan khazanah sastera tradisional yang sangat berharga bagi masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu menggunakan kebijaksanaan pemikiran mereka dengan meneliti unsur alam dan melahirkannya dalam bentuk ungkapan yang indah sehingga melahirkan peribahasa. Disertasi ini melihat unsur alam, iaitu ‘padi’ dan ‘air’ yang menjadi tanda dalam kehidupan masyarakat Melayu. Kedua-dua unsur ini mempunyai tanda-tanda yang tertentu kepada masyarakat. Teori Pengkaedahan Melayu, iaitu sebuah teori sastera tempatan dengan berfokuskan kepada Pengkaedahan Alamiah dan Pendekatan Firasat digunakan sebagai kerangka teori. Perkaitan rapat antara hasil kesusasteraan dengan alam serta teori tempatan yang berteraskan pemikiran, budaya Melayu serta agama Islam membolehkan semua ini disatukan dalam disertasi ini. Proses ini akhirnya akan membawa matlamat kepada paksi Teori Pengkaedahan Melayu, iaitu untuk mencapai kebajikan, ketakwaan dan kesusilaan. Dalam disertasi ini, pengkaji mengenal pasti tanda yang terdapat dalam unsur alam, iaitu air dan padi melalui buku Peribahasa Melayu: Penelitian Makna dan Nilai. Makna yang terdapat dalam peribahasa tersebut dianalisis dan merumuskan peranan air dan padi dalam kehidupan orang Melayu. Dalam kajian ini, dapat dirumuskan bahawa padi dan air dalam peribahasa Melayu memberikan tanda-tanda yang tertentu kepada masyarakat Melayu. Padi dalam peribahasa Melayu memberikan tanda hubungan persaudaraan dan kekeluargaan, tanda pembinaan akhlak yang baik dan tanda sumber rezeki. Manakala air sebagai tanda pula dilihat sebagai tanda penyucian yang dibahagikan kepada penyucian melalui tanda pendidikan dan tanda persaudaraan dan perdamaian. Berdasarkan tanda-tanda yang terdapat pada unsur padi dan air tersebut, dapat dibuktikan bahawa peribahasa merupakan suatu wadah dalam pembentukan masyarakat kerana tanda-tanda tersebut mengarah kepada pembinaan akhlak masyarakat. Peribahasa juga menjadi mekanisme yang mengawal masyarakat supaya mempunyai nilai dan norma.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A) - Academy of Malay Studies, University of Malaya, 2016.
    Uncontrolled Keywords: Proverbs; Malays; Beautiful sayings; Malay methodology theory; Natural methodology
    Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
    Divisions: Academy of Malay Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 15 May 2019 08:05
    Last Modified: 15 May 2019 08:05
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9052

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item