Sistem Maklumat Tuntutan Elaun / Norazlena Mamat

Norazlena, Mamat (2001) Sistem Maklumat Tuntutan Elaun / Norazlena Mamat. Undergraduates thesis, Universiti Of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (30Mb) | Preview

    Abstract

    Perkembangan teknologi dan industri komputer yang semakin pesat dan canggih,kini telah menjadi medan utama bagi menguruskan penggunaan maklumat dalam sesebuah organisasi. Sistem-sistem maklumat berasaskan komputer adalah penting dalam usaha pembangunan sumber manusia agar kejayaan dapat dicapai seiring denganperkembangan teknologi, selain meningkat kualiti serta produktiviti suatu yang dijalankan. Sistem maklumat tuntutan elaun adalah satu sistem yang dapat membantu melancarkan proses permohonan elaun supaya dapat diuruskan dengan lebih sistematik oleh semua pihak pengurusan di bahagian sumber manusia di sesebuah organisasi. Setiap maklumat berkenaan tuntutan yang dilakukan akan dikendalikan berdasarkan jenis elaun yang dituntut. Dengan adanya sistem ini, akan membantu kakitangan dalam mengemaskinikan segala maklumat mengikut kesesuaian masa. Bagi memastikan sistem ini mudah digunakan dan dapat memenuhi keperluan sebenar pengguna, ia telah dibina berorientasikan antaramuka grafik pengguna. Sistem ini sebahagian besar melibatkan input data tuntutan bagi seseorang kakitangan itu sama ada tuntutan elaun, perolehan imbuhan tetap atau tuntutan bayaran insentif. Sistem ini akan memudahkan pengurusan tuntutan kerana setiap maklumat penting berkenaan tuntutan dapat disimpan secara sistematik dalam pangkalan data. Selain itu, laporan yang dapat dijanakan melalui sistem ini turut memudahkan pengguna.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2000/2001.
    Uncontrolled Keywords: Bahagian Sumber Manusia; Pengurusan kakitangan
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    T Technology > T Technology (General)
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology > Dept of Information System
    Depositing User: Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
    Date Deposited: 05 Sep 2019 07:36
    Last Modified: 05 Sep 2019 07:37
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9252

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item