Mursyidah, Mohamed Yunus (2001) Siri ibadah puasa elektronik (SIPE) / Mursyidah Mohamed Yunus. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Siri lbadah Puasa Elektronik (SIPE) merupakan sebuah sistem pembelajaran bermultimedia mengenai ibadah puasa yang diamalkan oleh umat Islam mengikut mazhab Shafie. SIPE merupakan sebuah pakej yang menampilkan bentuk pembelajaran yang menarik dan interaktif. SIPE sesuai digunakan bagi pelajar berusia 13 tahun sehingga 17 tahun dan juga boleh digunakan oleh orang dewasa yang berminat untuk mempelajari tentang ibadah puasa. SIPE merangkumi topik-topik mengenai definisi, jenis, hukum dan adab dalam puasa. SIPE juga menyediakan latihan kepada pengguna. Sistem ini dibangunkan selama dua semester iaitu bermula dari bulan Mac sehingga bulan September. Metodologi yang akan digunakan semasa pembangunan sistem ini adalah gabungan metodologi air terjun dan prototaip.
Actions (For repository staff only : Login required)