Pendekatan Maqam al-Shukr dan al-Rida dalam intervensi Borderline personality disorder menurut perspektif psikospiritual Islam / Muhamad Zariff Ilias

Muhamad Zariff , Ilias (2018) Pendekatan Maqam al-Shukr dan al-Rida dalam intervensi Borderline personality disorder menurut perspektif psikospiritual Islam / Muhamad Zariff Ilias. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (1407Kb) | Preview

    Abstract

    Borderline Personality Disorder (BPD) termasuk dalam kategori gangguan personaliti (Personality Disorder) yang dikeluarkan oleh Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder 5th Edition (DSM-IV). BPD adalah suatu bentuk gangguan ketidakstabilan hubungan sosial, emosi yang tidak teratur, mengalami gangguan identiti yang serius, dan melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang. Kajian menunjukkan terdapat empat faktor utama melibatkan individu yang mengalami BPD iaitu interpersonal yang terlalu sensitif, kecelaruan emosi, tingkahlaku yang tidak terkawal dan kekacauan diri sendiri. Gangguan seperti ini memerlukan pemerhatian yang khusus kerana ia boleh mengakibatkan individu tersebut cenderung untuk membunuh diri. Oleh itu, kajian bertajuk: Pendekatan Maqam Shukr dan Rida dalam Intervensi Borderline Personality Disorder Menurut Perspektif Psikospiritual Islam mengupas mengenai konsep shukr dan rida dalam maqamat dan bentuk kedua-duanya sebagai psikoterapi, Borderline Personality Disorder dan intervensi rawatan Dialectical Behaviour Therapy serta menganalisis kesesuaian maqam shukr dan rida untuk digunakan dalam intervensi Dialectical Behaviour Therapy terhadap Borderline Personality Disorder menurut Psikospiritual Islam. Kajian ini dilatari reka bentuk konseptual dan temu bual dengan mengaplikasikan dokumentasi dan temu bual pakar sebagai metode pengumpulan dan analisis data. Hasil menunjukkan bahawa pendekatan maqam shukr dan rida membantu proses rawatan Borderline Personality Disorder melalui pendekatan Dialectical Behaviour Therapy. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan penambahbaikan rawatan sedia ada dengan menekankan penerapan aspek shukr dan rida dalam pesakit BPD

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: Borderline Personality Disorder (BPD); Maqam al-Shukr and al-Rida; Islamic psychospiritual
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
    B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 29 Apr 2019 08:09
    Last Modified: 08 Apr 2021 07:03
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9785

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item