Pembangunan wakaf di Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia: Kajian perundangan / Husna Mohd Sa’adan

Husna , Mohd Sa’adan (2018) Pembangunan wakaf di Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia: Kajian perundangan / Husna Mohd Sa’adan. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (1896Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini adalah berkaitan pembangunan harta wakaf IPT di Malaysia. Ia memfokuskan kepada perundangan dan isu-isu yang berbangkit dalam pembangunan harta wakaf yang melibatkan IPT. Kajian ini telah memfokuskan kepada beberapa IPT terpilih di Malaysia iaitu USIM, UPM, UIAM dan UM. Proses pengumpulan data yang menggunakan kaedah dokumentasi dan temu bual. Manakala, metode analisis pula menggunakan analisis tematik. Objektif kajian ini ialah meneliti konsep pembangunan di IPT menggunakan instrumen wakaf, mengkaji pemakaian undang-undang yang terlibat dan pelaksanaannya dalam pembangunan wakaf IPT di Malaysia. Begitu juga menganalisis amalan dan isu-isu berbangkit dalam pembangunan wakaf IPT terpilih di Malaysia dari sudut perundangan dan mengemukakan cadangan prosedur bagi pembangunan harta wakaf IPT di Malaysia. Berdasarkan kajian ini didapati undang-undang yang digunapakai dalam pembangunan harta wakaf IPT melibatkan undang-undang di peringkat negeri dan Persekutuan. Terdapat beberapa isu dan cabaran untuk melaksanakan pembangunan harta wakaf di IPT apabila ketiadaan perundangan atau garis panduan khusus, status pemilikan tanah IPT yang kebanyakannya adalah milik PTP, pewakaf tidak mendapat hak pengecualian cukai dan kurangnya keseragaman dalam pelaksanaan perundangan di pihak berautoriti.Justeru, kajian ini mencadangkan supaya garis panduan khusus berkaitan pembangunan berasaskan wakaf di IPT perlu disediakan oleh pihak berautoriti bagi menyelaraskan pengurusan dan perundangan berkaitan pembangunan wakaf di IPT.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: Waqf property; Higher Educational Institutions; Malaysia; Waqf instruments
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 02 May 2019 08:34
    Last Modified: 17 Feb 2021 03:33
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9792

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item