Halim @ Ab. Halim , Ismail (2018) Perspektif ilmu kolonial tentang hukum Islam dan masyarakat di Tanah Melayu: Analisis terhadap karya-karya terpilih / Halim @ Ab. Halim Ismail. Masters thesis, University of Malaya.
| PDF (Thesis M.A) Download (1369Kb) | Preview |
Abstract
Kedatangan kolonial British ke Tanah Melayu telah menyumbang kepada pembinaan korpus keilmuan tentang agama dan budaya masyarakat timur. Ia boleh dinamakan sebagai ilmu kolonial. Namun begitu, pendekatan yang digunapakai oleh sarjana kolonial berasaskan paradigma euro-centric telah menghasilkan perspektif berbeza terhadap kebudayaan dan pola keagamaan masyarakat Melayu Islam di Tanah Melayu. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpati secara khusus perspektif ilmu kolonial terhadap budaya dan hukum Islam yang diamalkan dalam masyarakat Melayu melalui karya-karya sarjana kolonial secara terpilih. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan perpustakaan sepenuhnya dengan merujuk karya sarjana kolonial di Tanah Melayu, misalnya karya Raffles, Wilkinson, Winstedt dan Swettenham. Karya-karya ini dianalisis secara kandungan dengan pengenalpastian terhadap tema-tema terpilih dalam isu berkaitan dengan budaya Melayu dan hukum Islam. Hasil kajian mendapati pandangan mereka dalam korpus keilmuan yang dipanggil sebagai ilmu kolonial sarat dengan elemen negatif terhadap budaya dan masyarakat Melayu yang mana ia menjadi asas kepada pendekatan mereka sebagai duta peradaban dan ketamadunan (ambassadors of civilization) yang terbeban di bahu mereka (the white men’s burden) dalam siri penjajahan Tanah Melayu. Justeru, ilmu kolonial perlu dinilai semula agar citra positif budaya dan hukum Islam di Tanah Melayu terpelihara dengan baik.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018. |
Uncontrolled Keywords: | British colonial; Eastern society; Malay community; Colonial knowledge |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc D History General and Old World > D History (General) |
Divisions: | Academy of Islamic Studies |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 25 Apr 2019 04:14 |
Last Modified: | 10 Feb 2021 04:01 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9796 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |