Roshayati , Yahya (2003) Sistem aduan dan aktiviti Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUM) / Roshayati Yahya. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Dari semasa ke semasa, keperluan dalam menningkatkan kecekapan dan mutu perkhidmatan dalam sesuatu organisasi sentiasa meningkat. Oleh itu, dalam zaman teknologi moden ini penggunaan komputer tidak boleh diasingkan lagi. Oleh itu segala maklumat yang ingin diketahui boleh dicapai dengan mudah, cepat dan berkesan. Maklumat yang didapati ini merupakan maklumat yang terkini iaitu yang baru diperolehi oleh para penyelidik tentang kajian yang dilakukan oleh mereka. Sistem Maklumat Berkomputer (Sistem Aduan dan aktiviti MPMUM) ini adalah suatu sistem yang bercirikan 'Menu Driven (Sistem yang berpandukan menu ) dan ini membuatkannya ' User Friendly' (tindak balas sistem yang lebih mesra pengguna). Oleh yang demikian, ianya boleh dan mudah digtmakan oleh sesiapa sahaja tidak kira indiV1du itu mempunyai pengetahuhan dalam komputer atau tidak. Sistem ini hanya menyentuh tentang proses seharian yang dilakukan oleh MPMUM iaitu untuk menyelesaikan sebarang pemasalahan daripada pelajar-pelajar UM. Sistem ini juga membantu pelajar untuk terlibat dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh MPMUM. Segala aduan dan penyertaan aktiviti pelajar akan direkodkan dan cuba diselesaikan oleh pihak MPMUM. Dengan terbinanya Sistem Aduan dan Aktiviti MPMUM ini, diharapkan ia dapat menolong Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya dalam meningkatklan mutu perkhidmatan yang ditawarkan.
Actions (For repository staff only : Login required)