Keberadaan hadith Mawdu‘ dalam karya-karya Jawi: Kajian terhadap persepsi masyarakat Islam di Kelantan / Ahmad Za’im Sabirin Mohd Yusoff

Ahmad Za’im Sabirin , Mohd Yusoff (2023) Keberadaan hadith Mawdu‘ dalam karya-karya Jawi: Kajian terhadap persepsi masyarakat Islam di Kelantan / Ahmad Za’im Sabirin Mohd Yusoff. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (190Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A)
    Download (2165Kb)

      Abstract

      Kitab-kitab Jawi karangan ulama Nusantara merupakan karya istimewa dan penting bagi masyarakat Islam di Alam Melayu untuk mendalami agama Islam secara terperinci. Karya-karya ini dihiasi dengan kandungan daripada potongan ayat al-Quran dan rangkaian teks-teks hadith Nabawi yang digunakan sebagai dalil perbahasan keagamaan telah diangkat sebagai bahan rujukan utama pengajaran dan pengajian secara bertalaqqi di pusat-pusat pengajian pondok, masjid dan surau. Malangnya, karya sebegini telah dikenal pasti dan terbukti memuatkan hadith-hadith yang tidak berautoriti dan palsu melalui kajian-kajian takhrij dan tahqiq oleh para sarjana di peringkat pengajian tinggi. Bahkan diburukkan lagi dengan penyebaran hadith-hadith mawḍū‘ melalui wadah yang cukup pantas dan mudah diakses oleh sesiapa sahaja tanpa ada sempadan. Persoalannya sejauh manakah hadith-hadith tersebut menular dalam kalangan masyarakat dan persepsi umat Islam khususnya masyarakat Melayu Islam di Kelantan terhadap hadith mawḍū‘ dari aspek aqidah dan ibadah. Objektif kajian ini adalah untuk melihat perkembangan penyelidikan hadith mawḍū‘ di Malaysia, mengenal pasti metodologi penukilan hadith dalam karya-karya Jawi, seterusnya menganalisis hadith-hadith mawḍū‘ dalam karyakarya Jawi terpilih dari sudut status dan pandangan-pandangan ulama hadith serta selanjutnya menganalisis keberadaan hadith-hadith mawḍū‘ yang masyhur dan persepsi masyarakat Islam di Kelantan. Kajian ini bersifat kajian kuantitatif yang melibatkan metode pengumpulan data melalui kajian kepustakaan dan kajian lapangan iaitu observasi dan soal selidik. Keseluruhan data yang dikumpul termasuk data soal selidik daripada 53 responden seterusnya dianalisis dengan menggunakan kaedah induktif, deduktif dan perisian SPSS versi 22. Hasil kajian mendapati terdapat 15 hadith mawḍū‘ dalam keseluruhan tiga [3] kitab Jawi terpilih iaitu; empat [4] hadith dalam kitab Bughyah al- Ṭullāb, tiga [3] hadith dalam Hidāyah al-Sālikīn dan lapan [8] hadith dalam kitab al- Yawāqīt wa al-Jawāhir. Akhir sekali, kajian telah mengenal pasti persepsi masyarakat dalam berinteraksi dengan hadith mawḍū‘ dari aspek aqidah dan ibadah yang sangat ketara dan perlu dibendung supaya generasi akan datang bebas daripada dibelenggu dengan hadith-hadith mawḍū‘ ini.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2023.
      Uncontrolled Keywords: Hadith palsu; Karya Jawi; Kelantan; Persepsi masyarakat Islam; Nusantara
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
      Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 05 Feb 2024 07:15
      Last Modified: 05 Feb 2024 07:15
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14763

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item