Proses mencari 'Illah dalam menentukan hukum: Kajian teori berasaskan usul Syafi'i / Edi Yanto Muhammad Ali

Edi Yanto , Muhammad Ali (2006) Proses mencari 'Illah dalam menentukan hukum: Kajian teori berasaskan usul Syafi'i / Edi Yanto Muhammad Ali. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A.)
Download (19Mb) | Preview

    Abstract

    Tajuk disertasi ini ialah "Proses Mencari 'Illah Dalam Menentukan Hukum: Kajian Teori Berasaskan Usul Syafi'i. Berpunca daripada pandangan yang mengatakan bahawa qiyas ('Illah) menurut Imam Syafi'i adalah sempit dan berasaskan tekstual. Penelitian yang dilakukan, temyata 'Illah pada pandangan Imam Syafi'I memiliki jangkauan yang luas dan anjal. Keluasan 'il/ah di sisi Imam Syafi'I ini dapat dilihat menerusi istilah ma 'nii yang beliau tulis dalam kitab al-Risiilah. Istilah tersebut kemudian dikembangkan pengertiannya oleh ulama Syafi'iyyah klasik dalam konsep maslahah. Metodologi kajian ini sepenuhnya menggunakan kaedah analisis perpustakaan iaitu menerusi tiga metode. Metode pertama ialah mengumpulkan sumber data dengan merujuk kepada pelbagai kitab karya agung ulama muktabar dalam berbagai bidang. Metode kedua ialah penganalisaan data. Penulis mengumpul dan menilai pendapatpendapat ulama dengan merujuk kepada sumber yang berautoriti terutamanya pendapat Imam Syafi'I. Selanjutnya menilai pendapat ulama Syafi'iyyah klasik dan moden. Metode ketiga ialah analisis perbandingan. Perbandingan dilakukan terhadap pendapat Imam Syiifi'I, ulama Syafi'iyyah klasik dan ulama Syafi'iyyah moden. Ulasan dalam kajian ini lebih kepada pandangan ulama klasik terhadap teori asas Imam Syafi'i tentang 'Illah. Apa yang disebut sebagai sempit dan berasaskan tekstual pada hakikatnya berpunca daripada instrumen 'illah itu sendiri. 'fllah sebenarnya adalah penentu luas dan sempitnya jangkauan qiyas. Inilah konsep qiyas sebenar menurut ulama Syafi'iyyah moden. Dapatan kajian ialah 'illah menurut Imam Syafi'i memiliki dua kategori, iaitu pertama, pemetikan hukum berdasarkan nas secara langsung (qiyas). Kedua, pemetikan hukum berdasarkan nas secara tidak langsung (maslahah mursa/ah). Dapatan kajian selanjutnya ialah qiyas ('Illah) menurut Imam Syafi'I memiliki pengertian yang luas berdasarkan kaedah am daripada nas. Manakala qiyas menurut ulama Syafi' iyyah moden terkesan sempit kerana hanya tertumpu kepada instrumen 'illah semata.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2006.
    Uncontrolled Keywords: 'Illah; Ulama Syafi'iyyah; Qiyas; Maslahah; Kitab al-Risiilah
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 15 Nov 2023 07:06
    Last Modified: 15 Nov 2023 07:06
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14841

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item