Rousydiy, Abubakar Mahmud (2014) Pengajian tafsir di dayah terpadu al-muslimun, Acheh Utara: Analisis metode pengajaran dan keberkesanannya / Rousydiy Abubakar Mahmud. Masters thesis, Universiti Malaya.
| PDF (Full Text) Download (3479Kb) | Preview |
Abstract
Disertasi ini bertolak dari hakikat bahawa Acheh merupakan provinsi yang kuat syariat Islam dalam kehidupan masyarakat, bermula dari semasa kerajaan Islam di Acheh sehingga lahirnya ulama-ulama merupakan salah satu bukti dari kuatnya Islam. Pendidikan Islam sangat diperhatikan dari semasa ke semasa dan dayah adalah salah satu institusi yang memiliki unsur pendidikan al-Quran. Kelemahan para pelajar sama ada membaca dan memahami kandungan al-Quran telah menjejaskan pencapaian objektif dan matlamat pembelajaran, maka kaedah pengajaran adalah kunci utama tercapainya matlamat untuk melahirkan individu yang cinta terhadap al-Quran. Kajian ini bertujuan untuk meneliti bentuk dan sejarah pengajian tafsir di dayah di Indonesia dan di Acheh serta menganalisis kaedah pengajaran yang diguna pakai dan sejauh mana keberkesanannya dalam pengajian tafsir di dayah Terpadu Al-Muslimun di Acheh utara. Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif yang fokus kepada kajian lapangan iaitu kajian tinjauan atau penerokaan. Kajian ini dimulakan dengan teknik kutipan data secara kualitatif dan di ikuti dengan kuantitatif, hasil kajian menunjukkan bahawa sejarah tafsir di Indonesia tidak terlepas dari awal masuknya Islam ke Nusantara yang memperkenalkan al-Quran sebagai kitab utama dalam kehidupan umat Islam dan gerakan ulama pembaharuan Islam Nusantara abad ke-17 iaitu Hamzah al-Fansuri, Shams al-Din al-Sumatrani dan ‘Abd al-Rauf al-Singkili 1615-1695 M sebagai seorang mufasir terawal yang menulis kitab tafsir lengkap 30 juzuk bertajuk al-Tarjuman al-Mustafid. Kitab yang diajarkan di dayah adalah tafsir Jalalayn, tafsir Ibn Kathir hingga tafsir al-Ibriz karya Mustafa Bisri. Majoriti guru pengajar tafsir di dayah Terpadu Al-Muslimun menggunakan kaedah terjemah dan bercerita dalam mengajar tafsir sedangkan dalam hal pentafsiran ayat majoriti guru menggunakan kaedah tahlili. Keberkesanan pelajar ditinjau daripada tiga aspek iaitu kefahaman, amalan dan markah peperiksaan. Kesimpulan dari kajian ini adalah bahawa kaedah yang diguna pakai adalah baik dan mempunyai keberkesanan bagi pelajar, hal ini ditunjukkan dari aspek kefahaman yang baik, amalan yang bersesuaian dan markah ujian yang bagus, hal ini perlu dipertahankan dan ditingkatkan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Disertasi (M.A.)-Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014. |
Uncontrolled Keywords: | Pengajian tafsir di dayah terpadu al-muslimun |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education |
Divisions: | Academy of Islamic Studies |
Depositing User: | Mrs Nur Aqilah Paing |
Date Deposited: | 01 May 2015 10:44 |
Last Modified: | 01 May 2015 10:44 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5041 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |