Abdul Samad, Muhammad (2014) Etika perniagaan dari perspektif Islam : kajian terhadap peniaga Aceh terpilih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Muhammad Abdul Samad. Masters thesis, University of Malaya.
| PDF (Full Text) Download (36Kb) | Preview | |
| PDF Download (256Kb) | Preview | |
| PDF Download (367Kb) | Preview | |
| PDF Download (1321Kb) | Preview | |
| PDF Download (208Kb) | Preview | |
| PDF Download (479Kb) | Preview | |
| PDF Download (172Kb) | Preview |
Abstract
Perniagaan merupakan suatu amalan yang digalakkan dalam Islam. Dalam pelaksanaannya, Islam menentukan pelbagai etika yang harus dipatuhi oleh peniaga. Perilaku dan sifat ingin mengaut keuntungan secara mudah boleh mendorong peniaga melakukan hal-hal yang bertentangan dengan etika perniagaan menurut perspektif Islam. Oleh kerana terdapat banyak masyarakat Aceh melakukan aktiviti perniagaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, maka penyelidikan ini dijalankan bagi melihat amalan etika perniagaan dalam kalangan peniaga Aceh di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dari segi kefahaman peniaga Aceh tentang etika perniagaan dalam perspektif Islam. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk menganalisis sejauh mana amalan perniagaan yang diamalkan oleh para responden ini mematuhi etika perniagaan menurut perspektif Islam. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan sumber-sumber data diperolehi daripada kajian perpustakaan dan lapangan. Data perpustakaan diperolehi dengan merujuk sumber data yang berkaitan dengan subjek kajian dari pelbagai jenis dokumen bertulis mahupun elektronik. Sementara data lapangan diperolehi menerusi temu bual dengan pengerusi Dewan Perdagangan Aceh Malaysia (DPAM) dan peniaga Aceh yang terpilih serta observasi. Kaedah analisis data yang digunapakai dalam kajian ini adalah kaedah analis kandungan, iaitu dengan menganalisis bentuk amalan etika perniagaan dalam Islam dan dihuraikan secara deskriptif. Dapatan kajian hasil observasi dan temu bual dengan responden, penulis mendapati bahawa amalan etika perniagaan dalam Islam difahami oleh para responden dan mengamalkannya, iaitu etika berniaga dengan pembekal, pekerja dan pelanggan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Disertasi (M.A.) -- Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014 |
Uncontrolled Keywords: | Etika perniagaan; Islam; Peniaga Aceh; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc H Social Sciences > HF Commerce |
Divisions: | Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Economics |
Depositing User: | Mrs Nur Aqilah Paing |
Date Deposited: | 29 Jul 2015 17:47 |
Last Modified: | 29 Jul 2015 17:47 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5187 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |