Buchori, Dawami (2013) Pelaksanaan pemilihan pemimpin di Kabupaten Berau, Kalimantan Timur, Indonesia pada tahun 2010 : analisis menurut perspektif Islam / Dawami Buchori. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Sejak digubal Undang-undang No. 32 Tahun 2004 tentang Pemerintahan Daerah, banyak perubahan berlaku terhadap metod pemilihan pemimpin daerah di Indonesia yang mana masyarakat dapat memilih pemimpin daerahnya secara langsung melalui pencalonan pasangan calon pemimpin sama ada melalui parti politik, gabungan parti politik atau melalui calon perseorangan yang disokong langsung oleh masyarakat. Disertasi ini bertajuk Pelaksanaan Pemilihan Pemimpin Di Kabupaten Berau, Kalimantan Timur, Indonesia Pada Tahun 2010: Analisis Menurut Perspektif Islam. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui metod pemilihan pemimpin di Kabupaten Berau pada tahun 2010 dan menganalisnya menurut perspektif Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang mana tujuannya adalah untuk mengetahui pandangan Islam terhadap pelaksanaan pemilihan pemimpin di Kabupaten Berau pada tahun 2010. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan dua metod iaitu pertama, metod pengumpulan data dan kedua, metod analisis data. Untuk metod pengumpulan data, pengkaji menggabungkan metod perpustakaan (Library Risearch) dan data lapangan iaitu hasil observasi lapangan dan hasil temu bual bersama Timbalan KPUD Kab. Berau, Pengetua PANWASLU KADA Kab. Berau dan ketigatiga Pengetua Tim Kempen pasangan calon pemimpin Kabupaten Berau. Manakala untuk metod analisis data pengkaji menggunakan metod komparatif. Metod ini juga dapat disebut sebagai analitis-komparatif untuk membandingkan pandangan Islam berkaitan pemilihan pemimpin terhadap realiti semasa pelaksanaan pemilihan pemimpin di Kabupaten Berau pada tahun 2010. Hasil kajian terhadap perkembangan perundangan Indonesia berkaitan pemerintahan daerah mendapati metod pemilihan pemimpin daerah bergantung kepada sistem yang diguna pakai oleh kerajaan pusat. Apabila sistem kerajaan pusat bersifat sentralistik, maka pemilihan pemimpin daerah ditentukan oleh kerajaan pusat. Namun apabila sistem kerajan pusat bersifat demokratik, maka pemilihan pemimpin daerah ditentukan secara langsung oleh rakyat. Selain itu hasil kajian juga mendapati bahwa pelaksanaan pemilihan pemimpin di Kabupaten Berau pada tahun 2010 tidak bercanggah dengan pandangan Islam. Metod penentuan peserta pasangan calon pemimpin Kabupaten Berau tidak hanya ditentukan oleh sokongan parti politik sahaja, malah boleh juga ditentukan oleh sokongan langsung masyarakat. Walaubagaimanapun metod pemilihan pemimpin secara langsung daripada masyarakat adalah metod baru yang masih lagi boleh diperbaiki.
Actions (For repository staff only : Login required)