Analisis isu-isu hukum dalam ibadat haji: Kajian perbandingan antara pandangan Kementerian Agama dan Persatuan Islam di Indonesia / Muhammat Nuri

Muhammat, Nuri (2015) Analisis isu-isu hukum dalam ibadat haji: Kajian perbandingan antara pandangan Kementerian Agama dan Persatuan Islam di Indonesia / Muhammat Nuri. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (483Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (267Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (565Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (1067Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (1132Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (984Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (215Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (276Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (31Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (29Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF
                      Download (103Kb) | Preview
                        [img] Microsoft Word
                        Download (12Kb)
                          [img]
                          Preview
                          PDF (Full Text)
                          Download (429Kb) | Preview

                            Abstract

                            Tesis ini bertajuk “Analisis Isu-Isu Hukum Dalam Ibadat Haji: Kajian Perbandingan Antara Pandangan Kementerian Agama Dan Persatuan Islam Di Indonesia”, memberikan gambaran secara jelas mengenai isu-isu hukum yang sering kali muncul dalam perlaksanaan ibadat haji khususnya antara dua badan hukum yang berbeza sudut pandangannya dalam menentukan pelbagai hukum di Indonesia. Ibadat haji apabila dilaksanakan dengan benar akan meningkatkan mutu keimanan dalam mencapai puncak kesempurnaan sebagai seorang muslim dalam melaksanakan syariat Islam. Kementerian Agama (KEMENAG) dan Persatuan Islam (PERSIS) adalah suatu badan hukum yang menangani pelbagai hal keagamaan, khususnya ibadat haji di Indonesia. Namun perbezaan yang sangat ketara antara keduanya adalah dari segi pegangan bermazhab. Kementerian Agama cenderung berpegang kepada salah satu mazhab khususnya mazhab Syafii, sementara Persatuan Islam sebaliknya tidak berpegang kepada manamana mazhab, atau lebih dikenali sebagai golongan anti mazhab. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengetahui latar belakang penubuhan Kementerian Agama dan Persatuan Islam serta pengaruhnya kepada masyarakat Indonesia, mengetahui dasar dan sumber pengambilan ijtihad dalam menentukan hukum-hukum ibadat haji dan menganalisis isu-isu hukum ibadat haji yang berbeza antara dua badan hukum tersebut sama ada benar-benar mengikuti salah satu dari empat imam mazhab yang muktabar. Bagi tujuan tersebut, pengkaji telah memadukan metodologi kajian antara metode kajian perpustakaan dan metode kajian lapangan. Hasil kajian mendapati bahawa penyebab utama perbezaan pendapat dalam kalangan para ulama khususnya antara dua badan tersebut adalah kerana perbezaan sahabat dalam memahami nas mujmal (bersifat umum), perbezaan kecenderungan penerimaan hadis, perbezaan ijtihad masalah yang tiada nas dan terdapat nas yang masih umum. Cara mengatasi perbezaan tersebut tiada lain kecuali menumbuhkan kesedaran dalam kalangan para ulama dan pengikutnya agar berfikiran terbuka dengan prinsip bahawa apabila hukum Islam tersebut berasaskan empat dasar yang disebut sebagai sumber hukum adalah benar. Dan yang salah apabila hukum itu tidak disandarkan ke atas dalil-dalil tersebut di atas. Maksudnya selagi hukum itu mempunyai landasan yang kuat, cara istinbat hukum yang mengikuti kaedahkaedah yang benar dan memiliki keilmuan yang cukup untuk berijtihad dalam mengeluarkan sesuatu fatwa, maka hukum itu adalah benar dan boleh diikuti. Selain itu, hendaklah pemerintah mengadakan pertemuan dari pelbagai golongan khususnya dari ulama Persatuan Islam dalam satu majlis fatwa agar bersama-sama melaksanakan hukum yang telah disepakati dan ditetapkan bersama secara komitmen. Tanpa usaha tersebut, maka impian untuk mewujudkan keharmonian dan kedamaian tanpa ada perbalahan mengenai suatu isu hukum yang bersifat furu‘iyyah (cabang) dalam mengaplikasikan hukum Islam di Indonesia khususnya dalam lapangan ibadat haji sukar diwujudkan.

                            Item Type: Thesis (PhD)
                            Additional Information: Thesis (Ph.D.) - Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2015.
                            Uncontrolled Keywords: Hukum dalam ibadat haji; Haji; Islamic; Indonesia
                            Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                            Divisions: Academy of Islamic Studies
                            Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                            Date Deposited: 25 Feb 2016 10:35
                            Last Modified: 25 Feb 2016 10:35
                            URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6120

                            Actions (For repository staff only : Login required)

                            View Item