Peniaga-peniaga kecil Melayu: Satu kajian kes di Kompleks Perniagaan Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah / Shahbudin Ali

Shahbudin, Ali (1987) Peniaga-peniaga kecil Melayu: Satu kajian kes di Kompleks Perniagaan Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah / Shahbudin Ali. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (11Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini dibahagikan kepada 5 bab. Bab I membincangkan tentang objektif kajian, bidang kajian dan kaedah kajian. Selain itu, masalah kajian dan latarbelakang tempat kajian juga turut dibincangkan. Bab II perkara yang dibincangkan ialah mengenai latarbelakang sosio-ekonomi peniaga. Ini bertujuan untuk mendapat sedikit gambaran mengenai profil diri peniaga dan hubungannya dengan usaha yang sedang mereka jalankan. Perkara-perkara yang diperkatakan merangkumi biodata responden. Dalam bab III pula, dibincangkan tentang latarbelakang perniagaan yang sedang mereka jalankan. Antaranya ialah jenis perniagaan, modal dan sumber modal, pengurusan, sumber bekalan dan hubungan antara peniaga dengan pelanggan. Perkara-perkara ini adalah penting sebagai faktor-faktor yang boleh memberikan kesan kepada keseluruhan pernigaan mereka. Seterusnya, dalam bab IV disentuh tentang aspek masalah yang dihadapi oleh para peniaga. Kemudian beberapa cadangan dikemukakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi itu. Antara masalah itu ialah masalah modal, masalah pengurusan, masalah tempat perniagaan, masalah bekalan barangan dan masalah tenaga kerja. Masalah-masalah ini merupakan halangan kepada kemajuan perniagaan para peniaga. Bab V merupakan bab penutup dan kesimpulan. Segala yang dibincangkan didalam bab-bab yang lepas akan dibuat rumusan mengenai para peniaga di sini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1986/1987.
    Uncontrolled Keywords: Peniaga kecil Melayu; Kompleks Perniagaan Pekan Rabu; Sosio-ekonomi peniaga; Pengurusan perniagaan
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HF Commerce
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 24 Sep 2019 01:27
    Last Modified: 24 Sep 2019 01:27
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10487

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item