Pengaplikasian terapi Islam dan peranan guru dalam Pendidikan Akhlak: Suatu kajian kes terhadap pelajar sekolah tahfiz swasta / Azizul Hisham Abdul Rashad

Azizul Hisham, Abdul Rashad (2018) Pengaplikasian terapi Islam dan peranan guru dalam Pendidikan Akhlak: Suatu kajian kes terhadap pelajar sekolah tahfiz swasta / Azizul Hisham Abdul Rashad. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis PhD)
Download (3157Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini membincangkan pengaplikasian Terapi Islam dan peranan guru dalam pendidikan akhlak terhadap para pelajar di salah sebuah sekolah tahfiz swasta di Selangor. Objektif kajian adalah membentuk model terapi Islam yang relevan untuk digunakan terhadap kumpulan sasaran dan mengkaji peranan guru dalam mendidik akhlak remaja kini menurut peribadi Rasulullah s.a.w. di samping mengenalpasti latar belakang masalah akhlak dalam kalangan pelajar tahfiz kini serta menganalisis keberkesanan terapi Islam dan peranan guru dalam pendidikan akhlak dalam kalangan pelajar-pelajar tahfiz di lokasi kajian. Signifikannya kajian ini dilakukan adalah mencari suatu alternatif dalam mengatasi kemelut akhlak yang semakin teruk dalam kalangan remaja. Bagi tujuan tersebut, data dikumpulkan melalui kajian literatur dan juga lapangan yang melibatkan borang soal selidik terhadap pelajar tahfiz secara umumnya di samping pemerhatian turut serta terhadap kajian kes seramai 7 orang pelajar tahfiz terpilih di lokasi kajian berdasarkan justifikasi yang telah ditentukan. Manakala SPSS 20 dan analisis kualitatif deskriptif digunakan bagi menganalisis kutipan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar tahfiz juga terlibat dengan masalah akhlak. Manakala hasil pengaplikasian model terapi Islam dan peranan guru yang dilaksanakan di lokasi adalah positif kerana 7 orang subjek kajian menerusi kajian kes yang dijalankan telah menunjukkan perubahan yang baik dari aspek akhlak masing-masing yang meliputi pengakuan sukarela para subjek secara langsung terhadap kesalahan tingkah laku yang pernah dilakukan dan ini jelas menyatakan bahawa mereka telah insaf dengan kesalahan tersebut.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: Terapi Islam; Sekolah tahfiz swasta; Pendidikan akhlak; Peranan guru; Peribadi Rasulullah s.a.w.
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 16 Jan 2020 04:11
    Last Modified: 20 Jan 2021 06:59
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10807

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item