Zulkifli, Yusof (2018) Analisis hadith-hadith berkaitan poligami: Kajian terhadap pengamalannya dalam kalangan pasangan terpilih di Selangor / Zulkifli Yusof. Masters thesis, University of Malaya.
| PDF (Thesis M.A) Download (1750Kb) | Preview |
Abstract
Poligami merupakan sebahagian daripada ibadat dalam Islam. Oleh kerana Islam mengharuskan pelaksanaannya sudah pasti ianya membawa kebaikan kepada manusia sejagat. Namun adakala ianya menjadi satu isu yang besar dalam kalangan masyarakat yang kadangkala membawa kepada perselisihan dan perceraian. Bagaimana pengamalan poligami yang bermatlamatkan kebahagiaan dapat direalisasikan dalam masyarakat kita mutakhir ini. Sudah pasti pengamalannya mestilah bersandarkan kepada sunnah baginda Rasulullah SAW sebagai ikutan sepanjang zaman. Walaupun telah banyak kajian dan penulisan berkaitan poligami namun masih belum ada satu kajian yang khusus terhadap teks-teks hadith serta sejauhmana pengamalan sunnah menjadi asas kebahagian dalam rumahtangga poligami. Maka kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hadith-hadith yang berkaitan poligami bersumberkan al-Kutub al-Sittah. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat sebanyak tujuh puluh satu hadith berkaitan poligami yang telah dikenalpasti termasuk hadith berulang. Hanya sebanyak empat puluh dua hadith sahaja yang dibincangkan dalam kajian ini kerana selebihnya adalah hadith-hadith yang sama. Daripada jumlah tersebut telah dibahagikan pula mengikut sumber, iaitu sebanyak lima belas hadith daripada Ṣaḥiḥ al-Bukhārī, Ṣaḥiḥ Muslim sebanyak tiga hadith, Sunan Abū Dāwūd sebanyak enam hadith, Jāmi‟ al-Tirmidhī satu hadith, manakala Sunan al-Nasā„ī pula sebanyak sepuluh hadith dan yang terakhir ialah Sunan Ibn Mājah iaitu sebanyak tujuh hadith. Mengikut taraf hadith pula sebanyak tiga puluh satu hadith yang ṣaḥiḥ, dua ṣaḥiḥ isnad, satu ḥasan ṣaḥiḥ, lima ḥasan dan bertaraf ḍa‟īf pula sebanyak tiga hadith. Untuk melengkapkan kajian, sebanyak lima pasangan poligami telah dijadikan sampel. Daripada lima pasangan ini, lima responden dari kalangan suami dan empat responden dari kalangan isteri telah ditemu bual untuk mengetahui bagaimanakah pengamalan pasangan berpoligami yang membawa kebahagiaan rumah tangga Islam di negeri Selangor. Hasil kajian mendapati bahawa kelima-lima pasangan mengamalkan sunnah dalam pengurusan rumah tangga mereka. Pengamalan sunnah itu adalah dari segi tujuan poligami yang selari dengan tujuan yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW. Manakala konsep keadilan dalam pembahagaian nafkah dan giliran bermalam serta kaedah pengundian sememangnya telah diaplikasikan dalam kalangan pasangan ini. Selain itu kepatuhan kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri juga terbukti melalui proses pendaftaran setiap perkahwinan baharu dapat dipenuhi. Melalui enakmen ini maka rumah tangga yang dibina tiada unsur penipuan yang membawa kepada keberkatan dan kebahagiaan rumah tangga mereka. Ini membuktikan bahawa pengamalan sunnah dan kepatuhan kepada enakmen negeri merupakan asas kebahagiaan rumahtangga berpoligami.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018. |
Uncontrolled Keywords: | Poligami; Hadith; Sunan Ibn Mājah; Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam; Perkahwinan |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman |
Divisions: | Academy of Islamic Studies |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 31 Jan 2020 02:57 |
Last Modified: | 17 Aug 2020 07:14 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10875 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |