Karya siri Sejadah Fatimah Chik mengikut konsep keindahan dalam Melayu / Ellina Maruti @ Ezani

Ellina , Maruti @ Ezani (2020) Karya siri Sejadah Fatimah Chik mengikut konsep keindahan dalam Melayu / Ellina Maruti @ Ezani. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (231Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis M.A)
    Download (4Mb) | Preview

      Abstract

      Kajian tentang karya Siri Sejadah mengikut konsep keindahan Melayu ini bertujuan untuk mencapai objektif kajian iaitu memahami makna dan juga mesej yang terdapat dalam kesenian seni reka sejadah. Kajian yang berfokus kepada enam karya Siri Sejadah oleh Fatimah Chik dilaksanakan dengan menggunakan kaedah deskriptif kualitatif. Data dan informasi yang diperoleh melalui teknik pengumpulan data primer dan diperoleh dari data sekunder. Data dianalisis dengan menggunakan teknik analisis dengan menjadikan teori Konsep Keindahan dalam Melayu daripada Ruzaika Omar Basaree sebagai rujukan analisis. Hasil kajian menunjukkan bahawa kepentingan motif dan corak Seni Melayu adalah sesuai untuk diimplementasikan sebagai ragam hias pada sejadah. Kajian ini secara praktikalnya memberi sumbangan ke arah kepentingan seni Sejadah sebagai satu seni yang perlu dihargai dan diangkat secara ilmiah Hasil dari kajian ini boleh dijadikan sebagai satu rujukan ilmiah kepada karyawan muda yang baru berkecimpung dalam dunia seni visual. Malah kajian ini boleh dijadikan sebagai garis pandu kepada pereka-pereka khususnya dalam industri seni reka tekstil untuk menghasilkan seni sejadah yang mempamerkan identiti Melayu sebagai seni hiasan sejadah.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Cultural Centre, University of Malaya, 2020.
      Uncontrolled Keywords: Konsep keindahan Melayu; Siri Sejadah; Identiti Melayu; Seni reka tekstil; Motif pucuk rebung
      Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
      N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
      Divisions: Cultural Centre
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 17 Sep 2021 02:20
      Last Modified: 17 Sep 2021 02:20
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12410

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item