Pelaksanaan e-Book dalam subjek Pendidikan Islam Sekolah Rendah Di Kemaman, Terengganu / Nurul Adzha Ghazali

Nurul Adzha, Ghazali (2018) Pelaksanaan e-Book dalam subjek Pendidikan Islam Sekolah Rendah Di Kemaman, Terengganu / Nurul Adzha Ghazali. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A.)
Download (1203Kb)

    Abstract

    Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kaedah pembelajaran dan pengajaran menggunakan E-Book dan kelas maya, pencapaian murid-murid di dalam peperiksaan pertengahan dan akhir tahun serta persepsi guru Pendidikan Islam dari segi pencapaian murid dan keberhasilan objektif pembelajaran dan pengajaran menggunakan E-Book dan kelas maya. Skop kajian merangkumi murid-murid tahun 4 dan 5 serta guru-guru Pendidikan Islam di beberapa buah sekolah di daerah Kemaman, Terengganu. Fokus kajian ialah di dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Payoh yang mendapat kemudahan E-Book tanpa kelas maya dan Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong yang mendapat kemudahan E-Book dan kelas maya. Kaedah temu bual dan pemerhatian dijalankan bagi mendapatkan data kualitatif. Bagi data kuantitatif pula, markah pencapaian peperiksaan pertengahan dan akhir tahun murid tahun 4 dan 5 telah dianalisis dengan mengaplikasi kaedah statistikal bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki dengan menggunakan program Statistical Package For The Social Science (SPSS). Min digunakan untuk menganggar taburan skor respon secara umum. Data kuantitatif menunjukkan peningkatan prestasi murid dari markah pertengahan tahun ke markah akhir tahun di kedua-dua buah sekolah selepas pemberian E-Book ialah (53.14±21.38) berbanding markah akhir tahun (62.85±21.03) di kedua-dua buah sekolah pada tahun 2014. Terdapat perbezaan yang signifikan (p>0.05) terhadap markah peperiksaan pertengahan tahun dengan markah peperiksaan akhir tahun bagi kedua-dua buah sekolah. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa markah min dengan penggunaan E-Book sahaja (58.99±22.98) berbanding E-Book dan kelas maya (66.20±20) dalam Peperiksaan Akhir Tahun . Ujian-t sampel bebas juga dijalankan untuk membandingkan min bagi kedua-dua kumpulan. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05) terhadap markah peperiksaan akhir tahun bagi sekolah yang menggunakan E-Book sahaja berbanding E-Book dan kelas maya. Persepsi guru menunjukkan E-Book dan kelas maya sangat baik bagi proses pembelajaran murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Islam dan perkembangan teknologi dalam pendidikan. Guru-guru Pendidikan Islam menyambut baik dan berterima kasih atas program yang telah dirancang dan dilaksanakan Kerajaan Negeri Terengganu yang telah menelan belanja jutaan ringgit setahun. Pemberian E-Book kepada murid sekolah kebangsaan oleh Kerajaan Negeri Terengganu telah ditamatkan pada tahun 2015. Walau bagaimanapun, kelas maya diteruskan seperti biasa dengan menggunakan Chromebook di bawah projek penyeliaan peralatan Makmal Komputer secara konsep mudah alih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pengagihan Chromebook ke sekolah-sekolah kebangsaan bermula 18 Mac 2013 sehingga 17 Mac 2014 menggunakan konsep yang sama seperti E-Book iaitu Virtual Learning Environment. Program ini bersesuaian dengan hala tuju Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu Gelombang 1 (2013-2015) mempertingkatkan asas ICT kepada murid dan guru. Keutamaan yang akan diberi termasuk memastikan murid dan guru mempunyai akses cukup kepada peralatan ICT dan menyediakan sistem pendidikan dengan platform pembelajaran dan jaringan lebar jalur yang mencukupi bagi penggunaan perkhidmatan ICT. Program selama sepuluh tahun ini diteruskan dan disambut baik oleh Kerajaan Malaysia seterusnya dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia menggunakan Google Chrome.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: e-Book; Pendidikan Islam; ICT; Google chrome; Sekolah Rendah; Kelas maya
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 21 Nov 2022 02:01
    Last Modified: 21 Nov 2022 02:01
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13889

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item