Masalah akhlak dan hubungannya dengan kefahaman akidah: Kajian terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Jeli, Kelantan / Noor Shahedah Johari

Noor Shahedah , Johari (2019) Masalah akhlak dan hubungannya dengan kefahaman akidah: Kajian terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Jeli, Kelantan / Noor Shahedah Johari. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A.)
Download (1263Kb)

    Abstract

    Kajian ini adalah mengenai masalah akhlak dan hubungannya dengan akidah, kajian terhadap pelajar sekolah menengah kebangsaan di daerah Jeli, Kelantan. Kajian ini dijalankan terhadap 225 orang responden yang sedang berada di tingkatan empat di lima buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Jeli, Kelantan. Mereka merupakan masyarakat Melayu yang terdiri daripada responden lelaki dan perempuan yang mempunyai latar belakang yang pelbagai. Objektif utama kajian ini adalah untuk membincangkan konsep akhlak dan akidah serta perkaitan antara kedua-duanya menurut perspektif Islam. Objektif kedua kajian ini adalah untuk menjelaskan masalah akhlak pelajar sekolah menengah kebangsaan. Objektif yang ketiga dalam kajian ini adalah untuk menganalisis masalah akhlak pelajar sekolah menengah kebangsaan di daerah Jeli, Kelantan dan melihat hubungannya dengan kefahaman akidah pelajar. Metodologi kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah perpustakaan dan kaedah kajian lapangan. Kajian perpustakaan menggunakan kaedah dokumentasi iaitu dengan mengumpul data dan maklumat berpandukan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan masalah akhlak dan hubungannya dengan akidah Islam. Manakala dalam kajian lapangan pula, pengkaji menggunakan kaedah soal selidik, temubual dan kaedah observasi untuk mendapatkan data terperinci berkenaan masalah akhlak dan kefahaman pelajar mengenai akidah Islam. Kajian ini merupakan satu kajian yang berbentuk kuantitatif. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara sikap pelajar terhadap akhlak dengan kefahaman akidah [r, .692**; P= .05] pada tahap signifikan .05(2-tailed). Manakala amalan akhlak pelajar dengan kefahaman akidah juga menunjukkan nilai [r, .670** ; P= .05]. Hal ini turut menjelaskan bahawa amalan akhlak yang baik menunjukkan bahawa pelajar faham mengenai akidah yang sepatutnya diamalkan oleh seorang Muslim. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sikap dan amalan pelajar mempunyai hubungan yang kuat dengan kefahaman akidah dalam kalangan pelajar. Implikasi kajian ini adalah agar dapat memberi kesedaran kepada pihak-pihak yang tertentu supaya dapat memainkan peranan penting dalam membendung masalah akhlak dalam kalangan pelajar dengan meneliti perkaitan utama kepada munculnya masalah ini iaitu akidah. Pengkaji percaya jika wujudnya akidah yang jitu dalam diri seseorang pelajar itu sekali gus mereka akan berakhlak dengan akhlak yang mulia. Pengkaji berpendapat, seseorang yang berakhlak dengan akhlak yang mulia merupakan satu manifestasi akidah yang jitu dan teguh yang wujud dalam diri seseorang individu.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2019.
    Uncontrolled Keywords: Masalah akhlak; Akidah; Hubungan; Kefahaman; Pelajar
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 20 Sep 2022 07:46
    Last Modified: 20 Sep 2022 07:46
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13911

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item