Dakwah sukarelawan pemandu pelancong masjid terhadap pelancong bukan Islam di Wilayah Persekutuan / Erny Izatun Salwa Kamaruddin

Erny Izatun Salwa , Kamaruddin (2018) Dakwah sukarelawan pemandu pelancong masjid terhadap pelancong bukan Islam di Wilayah Persekutuan / Erny Izatun Salwa Kamaruddin. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A.)
Download (1740Kb)

    Abstract

    Dakwah kepada pelancong bukan Islam adalah suatu perkara yang menarik jika dikupas secara mendalam, namun ianya masih menjadi perkara baru bagi sesetengah pendakwah yang belum pernah mempraktikkan kerja dakwah secara sukarela diperkarangan masjid. Kajian yang bertajuk Dakwah Sukarelawan Pemandu Pelancong Masjid Terhadap Pelancong Bukan Islam di Wilayah Persekutuan ini dijalankan bertujuan bagi mengenalpasti konsep dakwah terhadap pelancong bukan Islam di masjid, mengenalpasti pendekatan dakwah sukarelawan Pemandu Pelancong Masjid terhadap pelancong bukan Islam di Wilayah Persekutuan dan menganalisis masalah yang dihadapi oleh sukarelawan Pemandu Pelancong Masjid dalam dakwah terhadap pelancong bukan Islam di Wilayah Persekutuan. Kajian ini telah dilakukan di empat buah masjid di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kajian dilakukan dengan menggunakan metode kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Dalam kajian lapangan, kaedah temubual separa-struktur telah digunakan terhadap beberapa orang sukarelawan Pemandu Pelancong Masjid dari empat buah masjid tersebut. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga pendekatan dakwah yang telah dijalankan oleh sukarelawan Pemandu Pelancong Masjid iaitu dakwah melalui lisan, dakwah melalui perbuatan dan dakwah melalui bahan bercetak. Hasil kajian juga mendapati dakwah bil hal mempunyai potensi yang lebih besar dan efektif berbanding pendekatan-pendekatan lain. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh sukarelawan dalam dakwah terhadap pelancong bukan Islam antaranya masalah berkaitan pendekatan dakwah terhadap pelancong bukan Islam, masalah berkaitan sukarelawan yang tidak mahir berbahasa selain dari Bahasa Inggeris, masalah berkaitan pelancong yang tidak pandai berbahasa Inggeris dan masalah berkaitan dengan kewangan

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: Dakwah; Pelancong bukan Islam; Wilayah Persekutuan; Pemandu pelancong masjid; Bahan bercetak
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 17 Oct 2022 07:03
    Last Modified: 17 Oct 2022 07:03
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13934

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item