Kesan pendekatan integrasi terhadap kemahiran menyelesaikan masalah bagi topik isu alam sekitar / Asfadilla Ibrahim

Asfadilla , Ibrahim (2019) Kesan pendekatan integrasi terhadap kemahiran menyelesaikan masalah bagi topik isu alam sekitar / Asfadilla Ibrahim. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (193Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A.)
    Download (3734Kb)

      Abstract

      Kemahiran menyelesaikan masalah merupakan komponen penting dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan murid masih lemah kerana murid tidak dapat mengaplikasi pengetahuan daripada pembelajaran untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan pendekatan integrasi terhadap kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan murid tingkatan dua bagi topik isu alam sekitar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian eksperimen kuasi yang mempunyai kumpulan kawalan (pendekatan tradisional) yang melibatkan 31 orang murid dan kumpulan eksperimen (pendekatan integrasi) yang melibatkan 33 orang murid. Sampel kajian ialah murid tingkatan dua yang sedia ada di dalam dua buah kelas di sebuah sekolah menengah harian biasa di Seremban. Data adalah daripada (I) skor ujian-pra dan ujian-pasca penyelesaian masalah yang dianalisis menggunakan Ujian-t berpasangan dan tak bersandar, dan (2) skrip jawapan murid dalam ujian-pra dan ujian-pasca penyelesaian masalah yang dianalisis secara deskriptif. Ujian-t berpasangan juga dijalankan untuk membandingkan skor ujian-pra dan ujian-pasca bagi kumpulan eksperimen terhadap 3 komponen dalam menyelesaikan iaitu mengenal pasti masalah, menyatakan kesan terhadap masalah dan meneroka strategi penyelesaian. Hasil kajian menunjukkan peningkatan yang signifikan terhadap kebolehan menyelesaikan masalah bagi kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan. Ujian-t menunjukkan murid dalam kumpulan eksperimen mempunyai peningkatan ketara bagi ketiga-tiga komponen menyelesaikan masalah. Analisis secara deskriptif menunjukkan murid kumpulan eksperimen mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah yang diberi dengan lebih baik selepas rawatan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan integrasi berupaya meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2019.
      Uncontrolled Keywords: Integrasi; Isu alam sekitar; Teknologi komunikasi; Minda; Pembelajaran
      Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
      Q Science > Q Science (General)
      Divisions: Faculty of Education > Dept of Mathematics & Science Education
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 13 Nov 2024 03:50
      Last Modified: 13 Nov 2024 03:50
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15079

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item