Hubungkait antara konsep Ihtiyat dan kaedah Fiqh Idha Daq Al-Amr Ittassa‘ dari perspektif mazhab Syafie dalam permasalahan ibadat / Mohd Asri Bin Yaacob

Mohd Asri, Yaacob (2013) Hubungkait antara konsep Ihtiyat dan kaedah Fiqh Idha Daq Al-Amr Ittassa‘ dari perspektif mazhab Syafie dalam permasalahan ibadat / Mohd Asri Bin Yaacob. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (311Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (153Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (277Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (178Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (283Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (307Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF (Full Text)
              Download (1337Kb) | Preview

                Abstract

                Umat Islam di Malaysia sejak sekian lama telah mengamalkan fiqh mazhab al-Shafi‘i khususnya dalam permasalahan ibadat. Pengamalan fiqh mazhab al-Shafi‘i walaupun telah menjadi budaya tempatan tetapi masih juga terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa ianya bersifat rigid sehingga menyukarkan pengamalnya dalam situasi tertentu. Jika dilihat kepada prinsip dan kaedah fiqh iaitu konsep ihtiyat dan kaedah fiqh idha daq al-amr ittasa‘a yang diamalkan dalam mazhab al-Shafi‘i jelas menunjukkan bahawa dakwaan tersebut tidak mempunyai asas yang kuat. Justeru itu, hubungkait di antara konsep ihtiyat dan kaedah fiqh idha daq al-amr ittasa‘a tersebut perlu dilakukan untuk melihat sejauh mana pengamalan ibadat dalam mazhab al-Shafi‘i yang mengutamakan gabungan di antara konsep ihtiyat dan kaedah fiqh idha daq al-amr ittasa‘a. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan untuk menjelaskan sejauh mana pemakaian konsep ihtiyat dan kaedah fiqh idha daq al-amr ittasa‘a dalam permasalahan ibadat. Kaedah pemakaian kedua-duanya juga dijelaskan untuk membezakan keutamaan terhadap pemakaian ihtiyat dan kaedah fiqh idha daq al-amr ittasa‘a. Kajian ini dilakukan berasaskan kajian perpustakaan sepenuhnya dengan merujuk kepada sumber-sumber primer dan sekunder serta buku-buku yang terkini yang membicarakan tentang hubungkait konsep ihtiyat dan kaedah fiqh idha daq al-amr ittasa‘a berdasarkan mazhab al-Shafi‘i dalam permasalahan ibadat. Hasil kajian mendapati bahawa konsep ihtiyat dan kaedah fiqh idha daq al-amr ittasa‘a mempunyai hubungkait di antara satu sama lain. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa konsep ihtiyat dan kaedah fiqh idha daq al-amr ittasa‘a diterapkan oleh mazhab al-Shafi‘i dalam permasalahan hukum berkaitan dengan ibadat. Permasalahan konsep ihtiyat dan kaedah fiqh idha daq al-amr ittasa‘a ini perlu difahami secara mendalam oleh umat Islam untuk mencapai matlamat suruhan agama khususnya dalam melaksanakan iv perintah serta mencapai kesempurnaan dalam ibadat terhadap Allah SWT. Diharapkan kajian ini dapat memberikan input yang baik khususnya dalam menjelaskan fleksibiliti mazhab al-Shafi‘i terhadap permasalahan ibadat.

                Item Type: Thesis (Masters)
                Additional Information: Disertasi (M.A.)-Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya , 2013.
                Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
                Divisions: Academy of Islamic Studies
                Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                Date Deposited: 28 Apr 2015 10:21
                Last Modified: 28 Apr 2015 10:21
                URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5006

                Actions (For repository staff only : Login required)

                View Item