Pembelajaran usul fiqh di Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (Stain) Zawiyah Cot Kala Langsa Aceh, Indonesia / Masyitah Muhammad Ali

Masyitah, Muhammad Ali (2015) Pembelajaran usul fiqh di Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (Stain) Zawiyah Cot Kala Langsa Aceh, Indonesia / Masyitah Muhammad Ali. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (385Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (1133Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (8Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (178Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (1240Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF (Full Text)
            Download (57Kb) | Preview

              Abstract

              STAIN Zawiyah Cot Kala Langsa merupakan solusi bagi masyarakat tempatan kala itu di mana belum wujud satupun lembaga perguruan tinggi Agama yang menjadi acuan masyarakat tempatan untuk menimba ilmu pengetahuan agama ke peringkat yang lebih tinggi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji proses pembelajaran Usul Fiqh di STAIN Zawiyah Cot Kala Langsa, mengingat pentingnya ilmu tersebut dalam pengajian Islam namun kebanyakan pelajar adalah bukan kelulusan daripada sekolah agama. Sehubungan dengan itu, pengumpulan data mengenai persepsi para pelajar dan pensyarah untuk mata pelajaran Usul Fiqh mengenai keberkesanan pengajian Usul Fiqh yang diukur dari aspek tahap keberkesanan pelajar terhadap ilmu Usul Fiqh, kurikulum, metode pengajaran dan sebagainya. Adapun instrument yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang diedarkan kepada responden seramai 195 orang pelajar yang mewakili masing-masing fakulti dan jurusan di STAIN Zawiyah Cot Kala Langsa, dan seramai 6 orang pensyarah yang menjalani temubual dengan pengkaji. Secara keseluruhannya, kajian ini telah berjaya menyingkap sistem pembelajaran Usul Fiqh di STAIN ini dengan melihat kelebihan dan kekurangan yang perlu diatasi dan diperbaiki dari semasa ke semasa. Hasil kajian menunjukkan bahawa metode pembelajaran sedia ada iaitu kaedah diskusi dan soal jawab tiada memberi kesan negatif terhadap pelajar dengan latar belakang tidak berkelulusan sekolah agama, itu dapat dilihat dari majoriti pelajar yang memberikan tanggapan positif bagi metode tersebut dengan jumlah peratusan 93.4% dari keseluruhan responden. Namun yang menjadi faktor masalah pelajar dalam pembelajaran Usul Fiqh adalah kurangnya asas ilmu bahasa Arab dan juga penyampaian sebahagian pensyarah yang masih kurang dapat difahami oleh pelajar disebabkan majoriti pelajar tidak memiliki kemahiran asas ilmu tersebut. Oleh kerana itu, pembekalan asas bahasa Arab perlu penambah baikan, juga penambahan kelas khas untuk ilmu Usul Fiqh ini semestnya diadakan.Dengan itu, harapan untuk melahirkan ii graduan muslim yang mempunyai kesamaan kualiti antara pelajar berkelulusan sekolah agama dengan yang tidak berkelulusan sekolah agama akan dapat dicapai.

              Item Type: Thesis (Masters)
              Additional Information: Disertasi (M.A.)-Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya , 2015.
              Uncontrolled Keywords: Pembelajaran Usul Fiqh di Sekolah Tinggi Agama Islam
              Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
              L Education > L Education (General)
              Divisions: Academy of Islamic Studies
              Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
              Date Deposited: 28 Apr 2015 10:19
              Last Modified: 28 Apr 2015 10:19
              URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5009

              Actions (For repository staff only : Login required)

              View Item