Tawarruq in Malaysian financing system: A case study on commodity murabahah product at Maybank Islamic Berhad / Nasrun Bin Mohamad @ Ghazali

Nasrun, Mohamad @ Ghazali (2014) Tawarruq in Malaysian financing system: A case study on commodity murabahah product at Maybank Islamic Berhad / Nasrun Bin Mohamad @ Ghazali. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (2755Kb) | Preview

    Abstract

    Tawarruq merupakan antara konsep Shari‘ah yang digunakan dalam sistem perbankan Islam untuk menyalurkan kecairan tunai. Konsep ini menjadi semakin popular di Malaysia sebagai alternatif kepada bay‘ al-‘inah. Walaubagaimanapun, konsep ini yang telah diubahsuai lalu dikenali sebagai Tawarruq Munazzam dan diaplikasikan ke dalam industri perbankan Islam, telah menjadi perdebatan di mana penggunaannya telah dilarang oleh Majma‘ al-Fiqh al-Islami al-Duwali disebabkan wujudnya elemen yang meragukan. Selanjutnya, applikasi tawarruq dalam kewangan Islam ini berpotensi menghadapi risiko tidak patuh Shari‘ah. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menganalisa dan menilai aplikasi tawarruq dalam sistem pembiayaan di Malaysia menurut perspektif Shari‘ah. Untuk tujuan ini, kajian kualitatif telah dijalankan dengan menganalisa bahan-bahan fiqh dan perbankan termasuklah dokumentasi pengawalselia tempatan. Pengsampelan terhadap implementasi pembiayaan berasaskan tawarruq telah dijalankan di Maybank Islamic Berhad (MIB) ke atas produk Commodity Murabahah Term Financing-i (CMTF-i). Sesi temubual dengan pegawai-pegawai MIB dan penaksiran terhadap dokumentasi telah dijalankan untuk mengumpul maklumat. Kesimpulan yang dapat dibuat dari kajian ini ialah, pertama, initipati terhadap larangan ke atas tawarruq munazzam ialah wujudnya elemen yang meragukan di mana pengendalian rapi diperlukan bagi pemprosesan pembiyaan berasaskan tawarruq untuk mengelakkan sebarang risiko tidak patuh Shari‘ah. Kedua, potensi risiko wujud dalam beberapa peringkat pemprosesan pembiayaan berasaskan tawarruq di mana risiko ini boleh membawa implikasi terhadap aspek kewangan dan bukan kewangan. Ketiga, pemakaian tawarruq dalam sistem pembiayaan tempatan adalah selari dengan objektif Shari‘ah di atas dasar keperluan. Penulis mencadangkan supaya v pihak berautoriti menyelesaikan beberapa permasalahan seperti elemen munazzam dalam tawarruq, serta qalb al-dayn dalam penjadualan dan penstrukturan semula pembiayaan. Beberapa garis panduan teknikal harus dikeluarkan untuk menggariskan keperluan penting dalam pembiyaan berasaskan tawarruq. Bank-bank Islam pula perlu menambahbaik aspek pentadbiran dan pengawalan, di samping membudayakan kesedaran terhadap dasar patuh Shari‘ah dan meningkatkan kompetensi pengetahuan di kalangan pekerja-pekerja mereka. Dengan menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing, pihak pengawal selia dan pihak bank dapat mengukuhkan asas perbankan Islam di masa hadapan.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Disertasi (M.A.)-Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014.
    Uncontrolled Keywords: Tawarruq; Maybank Islamic Berhad
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    H Social Sciences > HG Finance
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 01 May 2015 10:57
    Last Modified: 01 May 2015 10:57
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5058

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item