Ayub, Mohamad Shafiei (2013) Filem Ketika Cinta Bertasbih mengikut perspektif hukum Islam / Mohamad Shafiei Ayub. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Filem mempunyai pengaruh yang kuat dan mampu mencorakkan tingkah laku orang ramai. Keistimewaan ini menyebabkan filem amat berguna dalam menyampaikan dakwah Islam. Namun di Malaysia kita ketandusan dalam menghasilkan filem Islam kerana tiada kerjasama di antara penggiat filem dan golongan agamawan serta tiada satu piawaian patuh syariah yang perlu diikuti oleh mana-mana penggiat filem dalam menghasilkan filem Islam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan kaedah asas halal dan haram serta menemukan kaedah yang bersesuaian dengan sesebuah filem Islam. Oleh kerana itu kajian ini memilih kaedah asas halal dan haram dalam buku al-Halal wa al-Haram fi al-Islam karangan Yusuf al-Qaradawi sebagai landasan hukum menghasilkan filem Islam. Bagi mengenalpasti pelaksanaan modul patuh syariah tersebut, kajian menganalisis filem Ketika Cinta Bertasbih yang boleh ditanggapi sebagai sebuah filem Islam. Kajian ini melakukan metode kualitatif iaitu menggunakan metode perpustakaan, observasi, temubual dan metode analisis kandungan terhadap filem yang dipilih. Hasil kajian ini mendapati bahawa drama yang terpilih ini sememangnya sarat dengan unsur-unsur Islam namun masih terdapat juga adegan-adegan yang berunsur haram dan syubhah. Kesimpulannya, filem Islam perlu bersih dari semua perkara haram dan perkara syubhah, kerana setiap perkara halal tidak boleh bercampur dengan perkara haram walaupun dengan niat baik. Halal di sini adalah terhindar dari perkara-perkara yang bertentang dengan akidah, syariah dan akhlak Islam. Semua perkara ini perlu dipatuhi agar ia mampu memberi impak yang baik kepada penonton dan dapat menjadi contoh serta ikutan kepada filem-filem lain.
Actions (For repository staff only : Login required)