Penyusunan polisi pembangunan insan di ibu kota Jakarta : kajian dari aspek sosial akhlak / Karebet Widjajakusuma

Widjajakusuma, Karebet (2009) Penyusunan polisi pembangunan insan di ibu kota Jakarta : kajian dari aspek sosial akhlak / Karebet Widjajakusuma. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (120Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (96Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (359Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (69Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (1036Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (54Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (85Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (47Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (737Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (56Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF
                      Download (263Kb) | Preview
                        [img]
                        Preview
                        PDF (Full Text)
                        Download (106Kb) | Preview

                          Abstract

                          Polisi pembangunan insan di Ibu Kota Jakarta dalam jangka masa 2002 - 2007, menitikberatkan pada program-program pemulihan kehidupan sosial dan ekonomi masyarakat serta peningkatan kualiti insan, serta menempatkan aspek sosial akhlak sebagai aspek pembangunan yang bersifat pilihan (optional), bukan wajib (obligatory). Polisi pembangunan ini menghasilkan kemajuan-kemajuan meskipun masih dirasakan belum optimum. Hal ini berdasarkan realiti yang menunjukkan masih banyaknya penduduk yang belum terlepas dari sejumlah masalah sosial, seperti kemiskinan, kehilangan pekerjaan, putus sekolah, meningkatnya angka jenayah, dan lainnya. Jadi, tak dapat dinafikan pembangunan selama 2002 hingga 2007 telah melahirkan jurang pembangunan fizikal dan bukan fizikal (sosial akhlak). Kerana itu, perlu satu usaha untuk penyusunan semula polisi pembangunan insan yang boleh mengatasi jurang pembangunan fizikal dan bukan fizikal yang telah terjadi. Kajian ini memiliki objektif umum untuk menyusun polisi pembangunan insan dari aspek sosial akhlak di Ibu Kota Jakarta untuk jangka masa 2008-2012 sebagai usaha seterusnya bagi mengatasi jurang pembangunan fizikal dan bukan fizikal yang dihasilkan oleh implementasi polisi pembangunan jangka masa sebelumnya, iaitu 2002-2007. Berdasarkan hasil kajian yang diolah dari data isian 19 responden pakar wakil dari unsur key stakeholders pembangunan insan pada aspek sosial akhlak, dengan menggunakan metodologi Analytical Hieararchy Process (AHP), didapati bahawa elemen-elemen yang terkait dan sekaligus pembentuk struktur hirarki dalam penyusunan polisi pembangunan insan pada aspek sosial akhlak di Ibu Kota Jakarta meliputi : fokus, matlamat (goal), faktor luaran, subfaktor luaran, faktor dalaman, subfaktor dalaman, aktor (stakeholders), subaktor dan senario polisi atau polisi yang dibayangkan (policy scenario). Pada senario polisi meliputi matlamat polisi, strategi dan program/aktiviti. Kajian juga mendapati bahawa penyusunan polisi pembangunan insan pada aspek sosial akhlak di Ibu Kota Jakarta dipengaruhi oleh faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran terdiri atas 4 (empat) isu strategik (sesuai dengan peringkat keberkesanan) iaitu (1) situasi dan keadaan politik yang relatif stabil, (2) situasi dan keadaan ekonomi yang belum sepenuhnya pulih, (3) situasi dan keadaan sosial budaya yang belum sepenuhnya pulih serta (4) situasi dan keadaan teknologi informasi dan komunikasi yang pesat. Faktor dalaman terdiri atas 3 (tiga) isu strategik (sesuai dengan peringkat keberkesanan) iaitu (1) pengurusan program/aktiviti yang masih belum optimal, (2) standard pengaturan yang masih belum lengkap/menyeluruh dan (3) sokongan dana, sarana prasarana yang masih belum mencukupi. Selain itu, kajian juga menemukan bahawa institusi yang menjadi aktor (stakeholders) yang terlibat dalam pembangunan insan pada aspek sosial akhlak, termasuk dalam penyusunannya terdiri atas parlimen dan kerajaan serta masyarakat. Aktor parlimen dan kerajaan terdiri atas kategori subaktor parlimen, gabenor berserta kaki tangannya, dan penguatkuasa undang-undang. Sementara aktor masyarakat terdiri atas organisasi masyarakat/non government organization/gerakan dakwah; ulama/tokoh budaya/tokoh masyarakat; ahli akademik/pakar/pengamat; dunia keusahawanan/profesi/institusi kewangan (bank/non bank); media masa (cetak/elektronik) dan masyarakat umum. Berdasarkan pertimbangan faktor-faktor tersebut di atas, maka senario polisi yang dicadangkan (sesuai peringkat keberkesanan) adalah (1) peningkatan kualiti pemahaman, penghayatan dan pengamalan agama Islam, (2) peningkatan kualiti pengurusan program/aktiviti, (3) penyediaan sarana dan prasarana secara mencukupi, dan (4) penetapan dan penyempurnaan tata peraturan daerah. Kata Kunci : Polisi Pembangunan Insan, Sosial Akhlak, Ibu Kota Jakarta

                          Item Type: Thesis (Masters)
                          Additional Information: Dissertation (M.Islam Stud.) -- Program Pengajian Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
                          Uncontrolled Keywords: Regional planning--Indonesia--Jakarta; Jakarta (Indonesia)--Economic policy; Jakarta (Indonesia)--Social policy
                          Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                          Divisions: Academy of Islamic Studies
                          Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                          Date Deposited: 09 Jun 2015 16:47
                          Last Modified: 09 Jun 2015 16:47
                          URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5126

                          Actions (For repository staff only : Login required)

                          View Item