Sebli, Ariffin (2015) Sumbangan Abdul Rahman Ya’kub dalam dakwah di Sarawak / Ariffin bin Sebli. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Abdul Rahman Ya’kub merupakan tokoh yang amat dikenali oleh masyarakat Sarawak lantaran berjaya membawa kemajuan yang ketara di Sarawak dalam aspek keamanan, pembangunan dan politik serta kemajuan dalam urusan agama Islam dan umatnya. Kemelut umat dan dakwah Islamiah di Sarawak amat jelas terutamanya pada zaman penjajahan Rajah Brooke selama 100 tahun telah mencorak masyarakatnya menjadi pemuja budaya Barat. Lantaran itu, tokoh ini bangkit dengan mengasaskan penubuhan BINA sebagai organisasi dakwah dalam usaha membawa perubahan positif kepada umat Islam di Sarawak dan menjadi organisasi yang aktif. Justeru kajian ini berusaha menggali dan mengenalpasti natijah daripada komitmen tokoh ini. Untuk itu, kajian ini berjalan berasaskan kajian deskriptif. Selain itu, kajian ini juga menggunakan kaedah induktif, deduktif, historis dan komparatif bagi memerihal segmen-segmen penting yang dicatatkan sehingga menyimpul sebuah rumusan yang absah daripada kajian ini. Kajian ini menemukan dapatan bahawa terdapat sumbangan tokoh ini dalam aspek dakwah di Sarawak. Dapatan juga menunjukkan perbezaan dari aspek sumbangan dakwah tokoh ini daripada tokoh-tokoh yang lain. Kajian ini akan menggariskan sumbangan-sumbangan tersebut sebagai sebuah dokumentari penting dalam perkembangan dakwah dan umat Islam di Sarawak. Tidak dapat disangkal wujudnya cabaran dan problematika yang dihadapi tokoh ini dalam kerja dakwah, justeru menjadikan sumbangan dakwah tokoh ini di Sarawak lebih signifikan.
Actions (For repository staff only : Login required)