Sumbangan 'Abd Al-Majid Al-Zindani dalam bidang Al-I'Jaz Al-'Ilmi : Kajian terhadap kitab Ta'sil Al-I'Jaz Al-'Ilmi fi Al-Qur’an Wa Al-Sunnah / Tazlie Sham Ab. Rahman

Tazlie Sham, Ab. Rahman (2015) Sumbangan 'Abd Al-Majid Al-Zindani dalam bidang Al-I'Jaz Al-'Ilmi : Kajian terhadap kitab Ta'sil Al-I'Jaz Al-'Ilmi fi Al-Qur’an Wa Al-Sunnah / Tazlie Sham Ab. Rahman. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (62Mb) | Preview

    Abstract

    Shaykh ʻAbd al-Majīd bin ‘Azīz al-Zindanī merupakan salah seorang tokoh dalam kajian al-Iʻjaz al-ʻIlmī (Mukjizat Saintifik). Kajian dilakukan terhadap kitab Ta’ṣīl al-I‘jaz al-‘Ilmī fī al-Qur’an wa al-Sunnah (Ta’ṣīl) untuk mengetahui sumbangan penting al-Zindanī dalam perkembangan kajian al-I‘jaz al-‘Ilmī, metodologi yang digunakan, bentuk huraian terhadap kaedah-kaedah asas al-I‘jaz al-‘Ilmī berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta bentuk analisis terhadap contoh-contoh al-I‘jaz al-‘Ilmī. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengumpulkan maklumat penting tentang biografi al-Zindanī dan sumbangan beliau dalam kajian al-I‘jaz al-‘Ilmī terhadap dunia Islam, mengkaji metodologi penulisan dalam kitab Ta’sīl dan pendalilan terhadap al-I‘jaz al-‘Ilmī, menghuraikan kaedah-kaedah al-I‘jaz al-‘Ilmī dalam kitab Ta’sīl serta menganalisis contoh-contoh al-I‘jaz al-‘Ilmī yang ditulis oleh beliau untuk melihat konsep dan model al-I‘jaz al-‘Ilmī menurut kefahaman beliau. Metode kajian ini berbentuk penyelidikan perpustakaan atau Library Research dengan menggunakan metode pengumpulan data, metode analisis kandungan dan metode kualitatif. Hasil dapatan kajian ini ialah pemerkasaan kefahaman terhadap kaedahkaedah penting kajian al-I‘jaz al-‘Ilmī untuk memastikan ia dibina di atas asas ilmiah yang kukuh, memahami pengertian dan kaedah penerimaan al-I‘jaz al-‘Ilmī, konsep dan model menurut kefahaman al-Zindanī bersandarkan dalil al-Quran dan al-Sunnah supaya dapat mengharmonikan percanggahan pendapat terhadap kefahaman dan penerimaan kajian al-I‘jaz al-‘Ilmī.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) - Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2015.
    Uncontrolled Keywords: Notable researcher; Islamic Scientific Miracles; Al-Iʻjaz al-ʻIlmī; Muslim world
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 11 Aug 2015 17:24
    Last Modified: 17 Sep 2021 06:47
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5244

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item