Interaksi Rasulullah S.A.W bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) : kajian layanan terhadap mahasiswa kelainan upaya di Universiti Malaya / Nur Fadliana binti Che Di

Che Di, Nur Fadliana (2014) Interaksi Rasulullah S.A.W bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) : kajian layanan terhadap mahasiswa kelainan upaya di Universiti Malaya / Nur Fadliana binti Che Di. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (31Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (113Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (1518Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (30Kb) | Preview

          Abstract

          NUR FADLIANA BT CHE DI, Disertasi ini bertajuk “Interaksi Rasulullah S.A.W bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) : Kajian Layanan terhadap Mahasiswa Kelainan Upaya di Universiti Malaya. Sikap negatif serta layanan yang kurang baik kepada OKU menjadi halangan untuk mereka mengambil bahagian secara penuh dalam masyarakat. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti cara layanan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) yang telah digariskan oleh al-Quran dan al-Hadith dan mengenalpasti hadith-hadith yang membicarakan mengenai Orang Kelainan Upaya (OKU). Selain itu, objektif kajian ini adalah untuk mengklasifikasikan hadith-hadith yang membicarakan mengenai Orang Kelainan Upaya (OKU) di samping mengenalpasti layanan yang diterima oleh mahasiswa kelainan upaya di Universiti Malaya. Kajian ini merupakan sebuah kajian kuantitatif dan data diperolehi melalui borang soal selidik. Seramai 25 orang responden dari pelbagai fakulti terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa mahasiswa kelainan upaya di UM mempunyai motivasi diri yang tinggi di samping menunjukkan bahawa wujudnya halangan yang perlu di hadapi oleh mereka sepanjang berada di sini. Dapatan turut memperlihatkan bahawa cara layanan warga kampus UM terhadap mahasiswa kelainan upaya di UM adalah pada tahap sederhana positif serta menunjukkan bahawa pemahaman mahasiswa istimewa terhadap hadith yang dikemukakan adalah tinggi. Menerusi dapatan kajian ini, dapat disimpulkan bahawa, motivasi diri yang tinggi, tiadanya halangan, cara layanan yang baik serta kefahaman hadith yang tinggi dapat membentuk persepsi dan sikap yang positif dalam diri mahasiswa kurang upaya terhadap warga kampus UM. Saranan serta cadangan juga dikemukakan untuk tindakan selanjutnya oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat memberi input dan manfaat agar kesedaran tentang OKU dapat dipertingkatkan dan seterusnya dapat menjamin penerimaan golongan tersebut dalam kalangan masyarakat kampus terutamanya di Universiti Malaya.

          Item Type: Thesis (Masters)
          Additional Information: Disertasi (M.A.) -– Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014
          Uncontrolled Keywords: Interaksi; Rasulullah S.A.W; Orang Kelainan Upaya (OKU); Layanan; Mahasiswa kelainan upaya; Universiti Malaya
          Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
          Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
          Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
          Date Deposited: 29 Jul 2015 17:52
          Last Modified: 29 Jul 2015 17:52
          URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5245

          Actions (For repository staff only : Login required)

          View Item