Pengurusan derma awam dalam menjana ekonomi masjid: Perbandingan Masjid Negara dan Masjid Al-Ghufran Pinggiran Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur / Amru Alhaz Adnan

Amru Alhaz, Adnan (2015) Pengurusan derma awam dalam menjana ekonomi masjid: Perbandingan Masjid Negara dan Masjid Al-Ghufran Pinggiran Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur / Amru Alhaz Adnan. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (2483Kb) | Preview

    Abstract

    Peranan institusi masjid sebagai pemangkin pembangunan ekonomi ummah amat signifikan pada masa kini. Sejarah membuktikan kewangan masjid yang stabil rata-ratanya disumbangkan oleh derma awam melalui derma orang ramai kepada masjid. Ini menunjukkan bahawa sumbangan derma awam bukan sahaja mampu menjamin kelangsungan operasi masjid, malah berupaya melimpahkan nikmat ekonomi kepada ummah. Atas dasar ini derma awam ini perlu diurus tadbir dengan cekap dan berkesan agar dapat dimanfaatkan secara optimum. Justeru kajian ini bertujuan untuk menganalisis aspek pengurusan derma awam dan peranan yang dimainkannya dalam menjana ekonomi Masjid Negara Kuala Lumpur dan Masjid al-Ghufran, Pinggiran Taman Tun Dr Ismail untuk tempoh lima tahun iaitu 2009-2013. Bagi mencapai objektif yang digariskan, kajian perpustakaan digunakan bagi memperolehi data-data sekunder berkaitan derma awam dan juga ekonomi masjid. Seterusnya kajian lapangan diadaptasi melalui metode temu bual terhadap responden yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan pengurusan derma awam bagi memperolehi data primer berhubung operasi pengurusan derma awam bagi kedua-dua buah masjid. Data-data yang diperolehi ini kemudiannya dianalisis menggunakan metode induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati sistem pengurusan derma awam yang diaplikasikan oleh kedua-dua masjid adalah berbeza. Sistem pengurusan derma awam di Masjid Negara dilihat lebih terkawal, tersusun dan sistematik di mana ia banyak mengaplikasikan sistem pengurusan dalam talian. Dari aspek perbelanjaan wang derma awam pula, kajian mendapati Masjid al-Ghufran lebih efektif di mana masjid ini memperuntukkan sebahagian besar sumber dananya kepada aktiviti penjanaan ekonomi masjid berdasarkan beberapa projek dan perniagaan yang dilaksanakan sepanjang tempoh lima tahun kajian. Kajian turut merumuskan penjanaan derma awam sangat berpotensi dalam menjana hasil dan pulangan tetap kepada institusi masjid apabila ia diurus dengan efektif dan berkesan.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) - Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2015.
    Uncontrolled Keywords: Mosque; Public funds; Public donation; Management system; National Mosque; Economic activity
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 29 Jul 2015 16:07
    Last Modified: 11 Oct 2021 08:20
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5756

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item