Penentuan kriteria kifayah dan ma'ruf nafkah isteri dan anak di Malaysia / Bahiyah Ahmad

Bahiyah, Ahmad (2015) Penentuan kriteria kifayah dan ma'ruf nafkah isteri dan anak di Malaysia / Bahiyah Ahmad. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis PhD)
Download (4Mb) | Preview

    Abstract

    Nafkah yang mencukupi dan baik adalah penting bagi keperluan kehidupan isteri dan anak-anak. Ia perlulah menepati kriteria kifÉyah dan ma’rËf seperti yang telah ditetapkan oleh syarak dan dibincangkan oleh fuqaha. Walau bagaimanapun, penentuan kriteria-kriteria tersebut memerlukan penilaian semasa kerana ia dipengaruhi oleh Ñurf dan sosioekonomi masyarakat di sesuatu tempat. Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 telah memperuntukkan suatu akta bahawa nafkah isteri dan anak perlu ditaksirkan mengikut kemampuan dan keperluan pihak-pihak tertentu. Walau bagaimanapun, peruntukan ini terlalu umum dan tiada penerangan yang jelas mengenai maksud kemampuan dan keperluan pihak-pihak tersebut. Hal ini menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak terhadap keputusan penghakiman disebabkan hakim menggunakan budi bicaranya dalam menterjemahkan akta yang sedia ada. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengemukakan satu standard pentaksiran nafkah yang menepati kriteria kifÉyah dan ma’rËf yang dapat dipraktiskan dalam amalan kehakiman syariah di negara ini. Melalui kaedah analisis kandungan terhadap kitab-kitab berautoriti syariah, laporan kes-kes pentaksiran nafkah dan temu bual mendalam dengan para responden yang terdiri daripada kumpulan hakim dan kumpulan ibu, kajian ini telah berjaya mengenal pasti kaedah pentaksiran nafkah yang lebih praktikal. Antara hasil kajian tertumpu kepada kriteria ma’rËf yang menuntut penelitian terhadap latar belakang sosioekonomi dan kemampuan tertinggi pembiaya. Dalam kriteria ma’rËf, aspek al-ÍÉjjah, iaitu adakah anak benar-benar memerlukan nafkah merupakan kriteria tambahan dalam pentaksiran nafkah anak. Kriteria kifÉyah pula menuntut pentaksiran nafkah memenuhi keperluan isteri dan anak tanpa mengurangi kifÉyah adnÉ atau keperluan minimum mereka. Kaedah penentuan kadar nafkah semasa, kadar nafkah kifÉyah adnÉ, serta item-item semasa nafkah telah turut dikenal pasti sebagai panduan pentaksiran nafkah yang lebih pragmatik.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) - Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2015.
    Uncontrolled Keywords: Kriteria; Kifayah; Ma'ruf; Nafkah isteri; Nafkah anak; Malaysia
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 07 Oct 2015 17:35
    Last Modified: 25 Nov 2021 02:54
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5851

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item