Mat Karim, Khairulnizam (2015) Kefahaman konsep asas dialog antara agama dalam kalangan pemimpin agama Islam dan Kristian di Malaysia dan kesannya terhadap hubungan sosial / Khairulnizam bin Mat Karim. PhD thesis, University of Malaya.
| PDF (Full Text) Download (35Kb) | Preview | |
| PDF Download (424Kb) | Preview | |
| PDF Download (638Kb) | Preview | |
| PDF Download (954Kb) | Preview | |
| PDF Download (861Kb) | Preview | |
| PDF Download (2203Kb) | Preview | |
| PDF Download (580Kb) | Preview | |
| PDF Download (404Kb) | Preview | |
PDF Download (411Kb) |
Abstract
Kefahaman Konsep Asas Dialog Antara Agama Dalam Kalangan Pemimpin Agama Islam Dan Kristian Di Malaysia Dan Kesannya Terhadap Hubungan Sosial. Objektif utama kajian ini adalah untuk, (1) mengukur tahap kefahaman pemimpin agama Islam dan Kristian terhadap konsep asas dialog antara agama , (2) menganalisa faktor yang mempengaruhi tahap kefahaman dan kesan tahap hubungan sosial pemimpin agama Islam dan Kristian dan (3) mengukur kesan hubungan sosial dalam kalangan pemimpin agama Islam dan Kristian. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan dalam menentukan responden yang sesuai dan jumlah responden untuk pemimpin agama Islam dan Kristian adalah 36 kepada 37. Metodologi yang digunakan untuk mengumpul data adalah soal selidik dan Skala Likert (1-5) digunakan dalam mengukur tahap kefahaman dan kesannya yang dibangunkan sebagai Skala Tahap Kefahaman Dialog (STKD) dan Skala Kesan Hubungan Sosial(SKHS). Kaedah Perbandingan Tetap dan Matrix Analisis digunakan dalam menganalisa data yang dikumpul, di mana hasil dan keputusan adalah berbentuk deskriptif. Kesimpulan utama yang dapat dibuat daripada kajian ini adalah, (1) tahap kefahaman antara pemimpin agama Islam dan Kristian terhadap konsep asas dialog antara agama adalah sama iaitu dalam kategori " Faham (F) " iaitu pada tahap keempat Skala Tahap Kefahaman Dialog (STKD). (2) Faktor Utama yang menyumbang kepada kefahaman mereka adalah (a) Faktor 1 (F1): tahap pendidikan / pendidikan formal agama/proses pendidikan , (b) Faktor 2 (F2) : pengalaman dalam aktiviti-aktiviti dialog antara agama dan (c) Faktor 3 (F3): tahap keagamaan responden. (3) Walaupun tahap kefahaman adalah sama bagi kedua-dua kumpulan responden tetapi pemimpin agama Kristian mempunyai skala yang lebih tinggi iaitu pada skala " Tinggi (T)" terhadap hubungan sosial berbanding pemimpin agama Islam pada tahap pertengahan "Sederhana (SD)". Hasil ini adalah berdasarkan Skala Kesan Perhubungan Sosial(SKHS). Menggunakan Matrix Analisis, keputusan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat korelasi antara kefahaman konsep asas dialog antara agama dengan hubungan sosial responden. Walaubagaimanapun ia disumbang oleh faktor-faktor yang berlainan bagi setiap kumpulan responden. Oleh itu kajian mendapati bahawa Faktor 4 (F4) : Faktor Tuntuan Semasa (Organisasi) mempunyai nilai pemberat dalam membentuk kesan purata keseluruhan hubungan sosial pemimpin agama Islam pada skala " Sederhana (SD)". Sebaliknya, pemimpin agama Kristian berada pada skala "Tinggi (T)" yang disumbangkan oleh Faktor 1 (F1): tahap pendidikan /pendidikan formal mengenai agama dan Faktor 4 (F4) : Faktor Tuntutan Semasa(Organisasi).
Item Type: | Thesis (PhD) |
---|---|
Additional Information: | Thesis (Ph.D.) -- Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2015 |
Uncontrolled Keywords: | Kefahaman; Dialog antara agama; Pemimpin agama; Islam; Kristian; Malaysia; Hubungan sosial |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Divisions: | Academy of Islamic Studies |
Depositing User: | Mrs Nur Aqilah Paing |
Date Deposited: | 09 Sep 2015 17:22 |
Last Modified: | 09 Sep 2015 17:22 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5856 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |