Istilah tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim : kajian leksikografi dan analisis wacana Bahasa Arab / Saipolbarin bin Ramli

Ramli, Saipolbarin (2015) Istilah tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim : kajian leksikografi dan analisis wacana Bahasa Arab / Saipolbarin bin Ramli. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (4Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini membincangkan tajuk tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim dari sudut leksikografi dan analisis wacana Arab. Tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim merangkumi perkataan tumbuh-tumbuhan, perkataan pokok dan nama tumbuhan-tumbuhan. Korpus kajian ialah semua ayat tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim. Fokus kajian pula adalah dalam bidang leksikografi dan analisis wacana Arab serta dilengkapkan dengan disiplin ilmu yang lain iaitu bidang tafsir, hadith, balaghah, philologi Arab, pertanian, perubatan dan geografi. Perbincangan dari aspek leksikografi bertujuan untuk mendapatkan maksud sebenar perkataan dan nama tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim. Terdapat beberapa nama tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim yang diterjemahkan kepada pelbagai maksud yang berbeza. Situasi ini berlaku disebabkan oleh faktor perkembangan agama Islam dan bahasa Arab ke seluruh dunia. Kajian dalam bidang analisis wacana Arab pula menggunakan teori sastera formalis balaghah bagi tujuan menganalisis kepelbagaian bentuk penggunaan perkataan dan nama tumbuh-tumbuhan dalam gaya bahasa Al-Qur’an Al-Karim. Penggunaan ayat tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim menunjukkan bahawa ayat-ayat ini tidak sekadar berperanan dalam bidang pertanian, perubatan dan geografi sahaja, tetapi berperanan juga dalam bidang bahasa yang menampilkan keindahan gaya bahasa Al-Qur’an Al-Karim. Kajian ini menggunakan metode historis dan metode dokumentari yang mengaplikasikan kaedah pengumpulan data secara kualitatif. Kedua-dua metodologi ini mempraktikkan kaedah kajian perpustakaan dan tinjauan luar. Data yang diperoleh dianalisis dengan merujuk kepada hasil karya para sarjana silam dan moden dalam bidang leksikografi Arab dan analisis wacana. Perisian komputer serta internet juga digunakan bagi memudahkan proses penganalisaan data. Hasil kajian dalam bidang leksikografi Arab telah dapat menjelaskan maksud sebenar istilah dan nama tumbuh-tumbuhan dalam Al-Qur’an Al-Karim. Manakala dalam bidang analisis wacana pula, dapatan kajian menunjukkan bahawa ayat tumbuh-tumbuhan digunakan dalam empat jenis gaya bahasa dalam Al-Qur’an Al-Karim. Penggunaan istilah tumbuh-tumbuhan dalam gaya bahasa ini menampilkan keindahan gaya bahasa Al-Qur’an Al-Karim bagi menyampaikan mesej Ilahi kepada manusia.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (Ph.D.) -- Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2015
    Uncontrolled Keywords: Istilah tumbuh-tumbuhan; Al-Qur’an Al-Karim; Kajian leksikografi; Analisis wacana; Bahasa Arab
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    P Language and Literature > PJ Semitic
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 08 Sep 2015 14:48
    Last Modified: 08 Sep 2015 14:48
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5857

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item