Al-Wasa'il al-mutbiqah fi al-masarif al-Islamiyah li-tahqiq maqasid al-shari`ah : Al-Bank al-Islami al-Malizi al-mahdud (BIMB) namudhajan / Bezziche Amel

Amel, Bezziche (2013) Al-Wasa'il al-mutbiqah fi al-masarif al-Islamiyah li-tahqiq maqasid al-shari`ah : Al-Bank al-Islami al-Malizi al-mahdud (BIMB) namudhajan / Bezziche Amel. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (2979Kb) | Preview

    Abstract

    Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menilai kaedah dan alat yang digunakan oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bagi mencapai objektif Shariah dalam urus niaga kewangan seperti memastikan perlindungan, pemeliharaan, keadilan dalam pengagihan harta, ketelusan dan kesaksamaan. Kaedah yang diguna dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada dua pendekatan: Pendekatan pertama adalah penyelidikan perpustakaan dengan menggunakan sumber-sumber akademik seperti buku, rujukan jurnal dan tesis. Induksi analisis telah digunakan untuk menyiasat dan menganalisis pendapat ulama-ulama Islam khusus dalam perbankan Islam untuk mengenal pasti objektif Syariah dalam urus niaga kewangan. Pendekatan kedua adalah berdasarkan penyelidikan lapangan, di mana maklumat tentang topik tersebut telah dikumpulkan melalui cara yang berbeza seperti temuduga dengan pengurus-pengurus BIMB yang berkaitan, dan rujukan kepada laporan rasmi yang diterbitkan oleh BIMB dan juga rujukan artikel yang disiarkan mengenai BIMB. Di samping itu, penyelidikan ini menggunakan metodologi analisis perbandingan kritikal untuk menganalisis maklumat yang berkaitan dengan menjalankan analisis kritikal ke atas model perniagaan yang dilaksanakan oleh BIMB untuk mencapai objektif Syariah. Tujuan analisis adalah untuk melihat tahap pencapaian bank berdasarkan model perniagaan untuk memenuhi parameter dan standard Syariah. Kajian ini mencapai kesimpulan bahawa BIMB telah berjaya merealisasikan maqasid al syariah melalui model perniagaannya dalam perbankan melalui pelbagai cara seperti sistem penyeliaan Syariah berkesan yang dapat memastikan bahawa keseluruhan operasi perbankannya tidak melanggar peraturan dan prinsip-prinsip Syariah. Sistem ini juga melibatkan badan-badan pentadbiran bagi penyeliaan dalaman; seperti Jawatankuasa Syariah (SC) yang merupakan komponen yang paling penting dan penyeliaan luaran lain yang diuruskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). BIMB telah berjaya menarik ramai pelanggan terutamanya melalui produk pembiayaan pengguna namun masih perlu melakukan peningkatan dalam mempelbagaikan tawaran portfolio pelaburannya. Selain daripada itu, BIMB telah menyediakan perkhidmatan sosial dan amal menggunakan dana zakat seperti menaja program sosial dan pendidikan yang dapat membantu menggalakkan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat Malaysia.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
    Uncontrolled Keywords: Bank Islam Malaysia Bhd; Banks and banking--Religious aspects--Islam; Banking law (Islamic law); Finance--Religious aspects--Islam; Finance--Malaysia
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 10 Sep 2015 12:20
    Last Modified: 10 Sep 2015 12:20
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5876

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item