Filem-filem Tamil di Malaysia: Suatu pemerhatian terhadap ketaksamaan sosial / Silllalee S. Kandasamy

Silllalee, S. Kandasamy (2015) Filem-filem Tamil di Malaysia: Suatu pemerhatian terhadap ketaksamaan sosial / Silllalee S. Kandasamy. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (327Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (595Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (288Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (796Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (486Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (415Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (164Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (497Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (214Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (4Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF (Full Text)
                      Download (187Kb) | Preview

                        Abstract

                        Kajian ini yang bertajuk, „Filem-Filem Tamil Di Malaysia: Suatu Pemerhatian Terhadap Ketaksamaan Sosial‟ membincangkan ketaksamaan sosial yang wujud dalam kalangan kelompok masyarakat India Malaysia sepertimana digambarkan dalam filem-filem Tamil Malaysia. Sebanyak tiga belas filem Tamil Malaysia yang telah diterbitkan sekitar tahun 2005 hingga 2013 dipilih sebagai sumber utama kajian ini. Kajian ini dijalankan untuk mendedahkan sejarah perkembangan industri perfileman Tamil Malaysia; mengkaji dan mengenal pasti ketaksamaan sosial yang ditonjolkan dalam filem-filem Tamil Malaysia dan membuat analisis kritis akan ketaksamaan sosial tersebut berpandukan latar belakang ketaksamaan sosial yang sedia terbina. Ini merupakan kajian kualitatif yang bersifat deskriptif dan dibuat berdasarkan pendekatan hermenutik. Ini melibatkan empat tahap, iaitu identifikasi dan dokumentasi; penyiasatan dan pembahagian data; interpretasi dan analisis serta pendekatan penggabungan dan pencapaian kesimpulan. Data-data daripada sumber primer dan sekunder dikumpul, dianalisis serta ditafsirkan berdasarkan pendekatan hermenutik. Hal ini dikendalikan menerusi pemerhatian berstruktur, kajian perpustakaan dan temubual tidak berstruktur. Kajian semasa dilakukan berdasarkan tiga aspek utama ketaksamaan sosial iaitu status sosial, kelas sosial dan kuasa sosial. Aspek-aspek ini memainkan peranan penting dalam kewujudan ketaksamaan sosial. Kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor seperti, budaya, agama, pendidikan, ekonomi, gender dan politik / pentadbiran memainkan peranan siknifikan dalam pembentukkan ketaksamaan sosial dalam kalangan kelompok masyarakat India Malaysia sepertimana digambarkan dalam filem-filem Tamil Malysia. Kajian ini diperkukuhkan lagi dengan pengaplikasian tiga buah teori iaitu teori struktural-fungsional, teori konflik dan teori semiotik. Penemuan kajian menunjukan bahawa kebanyakkan ketaksamaan sosial yang wujud dalam kalangan kelompok masyarakat India Malaysia adalah diwarisi sejak zaman awal lagi. Hal ini didapati diperkukuhkan dengan amalan budaya, tradisi dan ajaran agama Hindu. Penemuan kajian juga menunjukkan bahawa aspek-aspek ketaksamaan sosial dalam kelompok masyarakat India Malaysia mengalami beberapa perubahan yang tertentu mengikut keperluan dan tuntutan zaman semasa. Selain itu, kajian turut menunjukkan bahawa terdapat beberapa aspek ketaksamaan sosial yang harus dipetahankan dan yang harus dimansuhkan ataupun diminimumkan untuk menjaga struktur organisasi sosial yang sedia terbina dalam kalangan kelompok masyarakat India Malaysia.

                        Item Type: Thesis (PhD)
                        Additional Information: Thesis (Ph.D.) - Faculty of Arts And Social Sciences, University of Malaya, 2015.
                        Uncontrolled Keywords: Filem-filem Tamil di Malaysia; Filem; Art; Film; Malaysia
                        Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1990 Broadcasting
                        Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences
                        Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                        Date Deposited: 02 Mar 2016 17:08
                        Last Modified: 02 Mar 2016 17:08
                        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6135

                        Actions (For repository staff only : Login required)

                        View Item