Nurul Akma , Mohamed (2018) Aplikasi konsep Siasah Syar'iyyah dalam pelaksanaan dasar wanita Negeri Kelantan dari tahun 2001 hingga 2015 / Nurul Akma Mohamed. PhD thesis, University of Malaya.
PDF (The Candidate's Agreement) Restricted to Repository staff only Download (1644Kb) | ||
| PDF (Thesis PhD) Download (33Mb) | Preview |
Abstract
Kajian ini dibuat bertujuan untuk menilai sejauh mana konsep Siasah Syar'iyyah telah diaplikasikan dalam pelaksanaan Dasar Wanita NegeriKelantan bermula dari tahun 2001 hingga tahun 2015. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini meneliti data-data lapangan mengenai aspek pelaksanaan dasar yang diperolehi melalui kaedah dckumentasi dan temubual. Data-data kualitatifyang diperolehi telah disusun dan dianalisis mengikut kronologi penggubalan dasar dan pelaksanaannya, di mana penilaian terhadap penggubalan dasar telah dibuat berdasarkan elemen Siasah Syar'iyyah yang utama. Kajian ini menggunakan kaedah analisis secara tematik bagi menilai perkaitan dan ketepatan strategi dasar dan program yang dilaksanakan dengan perananperanan Siasah Syar'iyyah terhadap wanita. Kajian ini mendapati bahawa terdapat lima peranan utama Siasah Syar'iyyah terhadap wanita iaitu memaniu wanita melaksanakan syariat, melindungi wanita daripada mungkar, meninggikan martabat wanita, menjamin kebajikan wanita dan membentuk wanita yang bertanggungjawab. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan Dasar Wanita Negeri Kelantan dalam temJX>h kajian adalah bertepatan dengan konsep Siasah Syar'iyyah dari sudut inspirasi, prinsip dan matlamatnya. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa kesemua strategi dan program yang dianalisis telah memenuhi kelima-lima peranan utama Siasah Syar'iyyah terhadap wanita yang dengan sendirinya telah dapat mengukuhkan kedudukan wanita sebagai penyumbang dalam pembangunan masyarakat dan negara.
Item Type: | Thesis (PhD) |
---|---|
Additional Information: | Thesis (PhD) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018. |
Uncontrolled Keywords: | Siasah Syar'iyyah; Dasar wanita; Kelantan |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman |
Divisions: | Academy of Islamic Studies |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 20 Jun 2019 07:53 |
Last Modified: | 10 May 2021 09:28 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9098 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |