Pembinaan dan pengujian model pencapaian akademik pelajar Tingkatan Empat di Daerah Klang / Low Suet Fin.

Low, Suet Fin (2011) Pembinaan dan pengujian model pencapaian akademik pelajar Tingkatan Empat di Daerah Klang / Low Suet Fin. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (title page) - Submitted Version
Download (22Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (penghargaan, content page) - Submitted Version
    Download (63Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF (Full chapters) - Submitted Version
      Download (1358Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF (lampiran A) - Submitted Version
        Download (1764Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF (lampiran B) - Submitted Version
          Download (124Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF (lampiran C) - Submitted Version
            Download (86Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF (lampiran D) - Submitted Version
              Download (48Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF (lampiran E) - Submitted Version
                Download (50Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF (lampiran F) - Submitted Version
                  Download (86Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF (lampiran H) - Submitted Version
                    Download (83Kb) | Preview

                      Abstract

                      Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membina dan menguji model Pencapaian Akademik pelajar Tingkatan Empat di Daerah Klang. Kesan Konsep Kendiri Akademik, Konsep Kendiri Bukan Akademik dan Status Sosioekonomi ke atas Pencapaian Akademik pelajar telah dikaji menggunakan model a priori. Model a priori dibina oleh pengkaji berdasarkan teori dan kajian literatur. Kajian ini adalah kajian kuantitatif. Parental Authority Questionnaire, Skala Konsep Kendiri Tennessee dan Skala Konsep Kendiri Akademik Brookover merupakan instrumen kajian. Pencapaian akademik diukur berdasarkan keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Status Sosioekonomi ditentukan berdasarkan pendapatan dan kelayakan akademik tertinggi bapa. Jumlah sampel adalah 493 orang pelajar. Datadata telah dikumpulkan menggunakan soal selidik yang ditadbirkan di empat buah sekolah bandar dan empat buah sekolah luar bandar. SPSS dan Permodelan Persamaan Berstruktur (SEM) yang melibatkan Analisis Faktor Konfirmatori (CFA) telah digunakan untuk menganalisis data. Empat jenis indeks goodness-of-fit yang digunakan untuk menentukan fit semua model ialah GFI, CFI, TLI dan RMSEA. Analisis dimulakan dengan menentukan fit bagi model pengukuran first-order Konsep Kendiri Akademik, model pengukuran first-order Konsep Kendiri Bukan Akademik dan model second-order Konsep Kendiri Bukan Akademik. Analisis menunjukkan bahawa semua model telah fit data empirikal kajian ini dengan baik. Ini adalah kerana nilai GFI, CFI, TLI adalah lebih tinggi daripada .90 manakala nilai RMSEA adalah lebih rendah daripada .06. Ini bermakna instrumen-instrumen mempunyai kesahan untuk mengukur variabel laten masing-masing. Model penuh a priori Pencapaian Akademik juga diuji dengan data empirikal untuk menentukan nilai fit. Dapatan menunjukkan model yang dibina menggunakan variabel Konsep Kendiri Akademik, Konsep Kendiri Bukan Akademik, Status Sosioekonomi serta Pencapaian Akademik fit data kajian ini dengan baik. Ini bermakna wujud hubungan antara keempat-empat variabel tersebut. Status Sosioekonomi adalah peramal yang paling utama untuk Pencapaian Akademik sampel kajian ini dan diikuti oleh Konsep Kendiri Akademik. Jumlah kesan Konsep Kendiri Bukan Akademik ke atas Pencapaian Akademik adalah tidak signifikan. Status Sosioekonomi menghasilkan kesan langsung dan kesan tidak langusng ke atas Pencapaian Akademik melalui Konsep Kendiri Akademik serta Konsep Kendiri Bukan Akademik sebagai mediator. Konsep Kendiri Akademik hanya memberi kesan langsung ke atas Pencapaian Akademik. Konsep Kendiri Bukan Akademik memberi kesan langsung dan kesan tidak langusng ke atas Pencapaian Akademik melalui Konsep Kendiri Akademik sebagai mediator. Model juga fit data-data gaya keibubapaan autoritarian, gaya keibubapaan autoritatif, pelajar lelaki, pelajar perempuan, pelajar sekolah bandar dan pelajar sekolah luar bandar dengan baik. Gaya keibubapaan, jantina dan lokasi sekolah adalah moderator untuk kajian ini. Secara kesimpulan, hasil kajian ini menunjukkan kepentingan peranan faktor Konsep Kendiri Akademik, Konsep Kendiri Bukan Akademik serta Status Sosioekonomi dalam aspek Pencapaian Akademik.

                      Item Type: Thesis (PhD)
                      Additional Information: Thesis submitted in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy
                      Uncontrolled Keywords: pencapaian akademik; Academic achievement--Testing--Mathematical models; Self-perception in adolescence; Psychological aspects of Academic achievement;
                      Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
                      Divisions: Faculty of Education > Dept of Educational Psychology & Counselling
                      Depositing User: Nurul Aslini Ariffin
                      Date Deposited: 03 May 2013 12:19
                      Last Modified: 25 Sep 2013 09:58
                      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/3568

                      Actions (For repository staff only : Login required)

                      View Item