Penghayatan ibadah dalam kalangan pelajar Islam : kajian di beberapa buah sekolah menengah kebangsaan di Petaling Jaya, Selangor / Walijah bt Ahmad Jamburi

Ahmad Jamburi, Walijah (2010) Penghayatan ibadah dalam kalangan pelajar Islam : kajian di beberapa buah sekolah menengah kebangsaan di Petaling Jaya, Selangor / Walijah bt Ahmad Jamburi. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (7Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (316Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (306Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (534Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (213Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (969Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (73Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (153Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (183Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF (Full Text)
                    Download (14Kb) | Preview

                      Abstract

                      Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui perkara-perkara berikut, iaitu: (i) tahap penghayatan ibadah pelajar (ii) sejauhmana faktor diri, ibu bapa, guru Pendidikan Islam, program keagamaan di sekolah, persekitaran dan rakan mempengaruhi tahap penghayatan ibadah, (iii) adakah terdapat perbezaan tahap penghayatan ibadah antara jantina, pencapaian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, minat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan tahap sosio ekonomi, (iv) adakah terdapat hubungan antara penghayatan dalam ibadah dengan cara hidup seharian pelajar. Ibadah yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah ibadah khusus yang wajib dan sunat iaitu solat (fardu dan sunat), puasa (wajib dan sunat), membaca al-Quran, zikir dan berdoa. Responden kajian seramai 450 orang pelajar Islam tingkatan empat dari sembilan buah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terpilih di Petaling Jaya, Selangor. Responden terdiri daripada 230 orang pelajar lelaki dan 220 orang pelajar perempuan. Instumen utama kajian menggunakan borang kaji selidik di samping temubual dan pemerhatian. Secara keseluruhannya, kajian mendapati tahap penghayatan pelajar dalam ibadah sama ada yang wajib atau sunat masih belum memuaskan. Kajian mendapati ibu bapa mempunyai pengaruh yang kuat untuk mendorong pelajar menghayati ibadah. Kajian mendapati dalam perkara ibadah pelajar kurang dipengaruhi oleh rakan. Ini terbukti apabila faktor rakan memperolehi skor min yang paling rendah iaitu 2.53 berbanding lima faktor yang lain. Kajian juga mendapati tahap penghayatan dalam ibadah tidak dipengaruhi oleh perbezaan jantina, minat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan sosio ekonomi. Bagaimanapun kajian mendapati pencapaian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam mempengaruhi tahap penghayatan dalam ibadah, dimana pelajar yang baik pencapaiannya lebih komited melaksanakan tanggungjawab beribadah. Kajian mendapati penghayatan yang baik dalam ibadah dapat membentuk peribadi yang mulia dalam kalangan pelajar. Oleh kerana ibu bapa mempunyai pengaruh yang kuat untuk mendorong anak-anak menghayati ibadah, maka seharusnya para ibu bapa dapat menjadi role model yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kelalaian dan kealpaan ibu bapa tentang tanggungjawab ini akan mengakibatkan anak-anak mengabaikan ibadah.

                      Item Type: Thesis (Masters)
                      Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
                      Uncontrolled Keywords: Islam--Customs and practices; Muslim students--Selangor--Religious life
                      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                      L Education > L Education (General)
                      Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
                      Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                      Date Deposited: 11 Jun 2015 13:58
                      Last Modified: 11 Jun 2015 13:58
                      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5265

                      Actions (For repository staff only : Login required)

                      View Item