Amalan perubatan persatuan kebajikan dan pengubatan Islam darussyifa’: Satu penilaian hukum / Mohd Zainudin Yusoff

Mohd Zainudin, Yusoff (2012) Amalan perubatan persatuan kebajikan dan pengubatan Islam darussyifa’: Satu penilaian hukum / Mohd Zainudin Yusoff. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (330Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (573Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (618Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (925Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (201Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (3547Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (67Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (215Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF (Full Text)
                  Download (379Kb) | Preview

                    Abstract

                    Merawati penyakit dalam kalangan masyarakat Islam hari ini mempunyai bermacam kaedah dan pegangan. Ada yang hanya mengiktiraf kaedah alopati iaitu pengubatan moden, namun tidak kurang juga mereka yang masih mempercayai sepenuhnya kepada pengubatan tradisional yang sinonim dengan amalan perbomohan dan melalui kaedah inilah terdapatnya ruang amalan pengubatan Islam. Sedangkan pada hakikatnya sistem pengubatan moden dan kaedah pengubatan Islam adalah saling berkait rapat. Namun melalui disertasi ini perbahasan hanya dijuruskan kepada sistem pengubatan tradisional Islam secara jampi (ruqyah), kerana ia memberi manfaat kepada masyarakat umum bukan sahaja merawat penyakit malah dapat menghindari daripada penyelewengan akidah. Lantaran kejahilan mereka sanggup berubat dengan sebilangan bomoh yang beramal dengan unsur tahyul, khurafat dan syirik. Kajian terhadap pengubatan Islam ini juga harus dilihat dengan pertimbangan yang waras dan adil, kerana antara kandungan bacaannya tidak lekang daripada perbahasan di kalangan ilmuan. Metodologi kajian ini berasaskan kajian perpustakaan yang mana melaluinya dalil-dalil, pendapat para ulama silam dan semasa dikemukakan. Metod kedua ialah menghadiri majlis pengajian dan pengubatan Darussyifa’ sebagai pemerhatian untuk mendapat gambaran yang jelas tentang bacaan-bacaan amalan pengubatannya. Metod ketiga ialah menemu bual pengasas Darussyifa’ dan beberapa ilmuan yang berotoriti dalam pengajian Islam bagi mengetahui kedudukan hukum Bacaan Asas Sepuluh Pertama. Maka kajian ini yang bertajuk “Amalan Perubatan Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Darussyifa’: Satu Penilaian Hukum” mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada masyarakat dalam merawati penyakit agar terselamat daripada penyelewengan aqidah, manakala ilmu pengubatan Islam khususnya yang menjadi amalan Darussyifa’ dapat dibersihkan daripada prasangka yang tidak baik daripada kalangan awam atau ilmuan. Darussyifa’ dipilih sebagai model kajian kerana sambutan baik masyarakat terhadapnya dan ia juga tidak sunyi daripada kritikan ilmuan agama serta pemimpin negeri dan Negara. Namun hasil kajian ini memperlihatkan bahawa amalan bacaan Asas Sepuluh Pertama yang dijadikan doa oleh Darussyifa’ sama sekali tidak menyalahi hukum syarak, malah kesahannya didokong oleh dalil-dalil yang sah lagi muktabar.

                    Item Type: Thesis (Masters)
                    Additional Information: Disertasi (M.A.)-Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya , 2012.
                    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
                    Divisions: Academy of Islamic Studies
                    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                    Date Deposited: 29 Apr 2015 09:17
                    Last Modified: 29 Apr 2015 09:17
                    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5031

                    Actions (For repository staff only : Login required)

                    View Item