Nasrullah, Pondra (2011) Kefahaman terhadap sunnah tasyri'iyah dan ghayr tasyri'iyah dan kesannya terhadap amalan keagamaan dalam kalangan ahli Nahdatul Ulama dan Muhammadiyah di Provinsi Lampung, Indonesia / Pondra Nasrullah. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Objektif kajian ini adalah menganalisis kefahaman terhadap Sunnah tasyri’iyyah dan ghayr tasyri’iyyah dalam kalangan Nahdatul Ulama dan Muhammadiyah di Provinsi Lampung, yang mana perbezaan pendapat dalam kalangan mereka sering kali terjadi. Hal ini disebabkan perbezaan pandangan terhadap al-Khitab al-Nabawi apakah ia termasuk tayri’iyyah atau ghayr tasyri’iyyah. Bagi kajian ini dua bentuk metodologi penyelidikan digunakan iaitu metodologi pengumpulan data dan metodologi analisa data. Metodologi pengumpulan data menggunakan metode perpustakaan, kajian lapangan, observasi, temubual dan soalselidik. Adapun bagi menganalisis data digunakan metode induktif, deduktif dan metode komperatif. Hasil Analisis kajian ini mendapati bahawa organisasi NU mahupun Muhammadiyah memiliki kefahaman yang sama tentang adanya pembahagian Sunnah yang bersifat tayri’iyyah dan ada juga yang bersifat ghayr tasyri’iyyah. Kajian ini juga mendapati kebanyakan responden boleh menerima perbezaan tata cara pengamalan dalam ibadah yang disebabkan oleh perbezaan istinbat hukum dari al-Khitab al-Nabawi, akan tetapi hal tersebut tidak berpengaruh besar terhadap kehidupan sosial mereka sehari-hari, kerana mereka memandang bahawa perbezaan tersebut adalah suatu kenyataan.
Actions (For repository staff only : Login required)