Kajian pengalaman dialog kehidupan masyarakat Cina Muslim Terengganu sebelum dan selepas konversi / Azarudin bin Awang

Awang, Azarudin (2015) Kajian pengalaman dialog kehidupan masyarakat Cina Muslim Terengganu sebelum dan selepas konversi / Azarudin bin Awang. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (104Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (916Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (419Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (717Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (980Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (1359Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (955Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (272Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF (Full Text)
                  Download (393Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (737Kb) | Preview

                      Abstract

                      Hubungan yang tegang yang kadang kala berpanjangan hingga tiada penyudahnya dalam kalangan komuniti Saudara Baru dengan keluarga asal dan masyarakat Muslim asal di sekeliling adalah berpunca daripada salah faham dalam beragama. Permasalahan hubungan agama sedemikian juga turut berlaku dalam kalangan komuniti Cina yang memeluk agama Islam di negeri Terengganu. Justeru itu, dialog kehidupan dilihat sebagai satu wahana bagi menjelaskan kekaburan, menghapuskan salah faham dan menghindarkan sebarang bentuk konflik. Dialog kehidupan merupakan salah satu bentuk dialog agama yang dimanifestasikan secara spontan dalam kehidupan masyarakat awam yang berbeza agama atau budaya. Skop kajian ialah ke atas masyarakat Cina Muslim di negeri Terengganu kerana komuniti ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan komuniti Cina di negeri lain. Ini adalah kerana jalinan hubungan sosial yang telah berlaku antara komuniti Cina dan Melayu di negeri ini amat baik sehingga ditonjolkan melalui proses perkongsian budaya dalam aspek bahasa, makanan, pakaian dan tempat tinggal. Objektif kajian ini dilakukan ialah untuk mengkaji persepsi dan aplikasi masyarakat Cina Muslim terhadap dialog kehidupan pada sebelum dan selepas konversi agama. Selain itu, kajian ini juga menganalisis faktor-faktor keterlibatan dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Cina Muslim dalam dialog kehidupan pada sebelum dan selepas konversi agama. Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif melibatkan pengalaman turut serta dan temu bual ke atas beberapa orang tokoh yang terlibat secara langsung dalam kehidupan komuniti Cina Muslim negeri Terengganu. Penyelidik juga melakukan temu bual ke atas n=20 orang komuniti Cina yang telah melakukan konversi agama Islam. Melalui kajian kuantitatif, pengkaji telah melakukan soal selidik ke atas Saudara Baru Cina yang menuntut di kelas-kelas pengajian agama yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Terengganu. Hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi komuniti ini terhadap aspek-aspek dialog kehidupan seperti kefahaman dan sikap adalah sederhana. Pelaksanaan dialog kehidupan pasca konversi komuniti Cina Muslim ini dilakukan bagi menjelaskan kesamaran dan salah faham keluarga asal terhadap agama Islam. Ekspresi ini dilakukan melalui amalan ziarah dan tinggal bersama, sambutan perayaan dan kebudayaan asal bersama-sama, penglibatan diri dalam pengurusan kematian keluarga yang bukan Muslim dan meraikan upacara perkahwinan ahli keluarga bukan Muslim. Biar pun begitu pola hubungan intra etnik komuniti Cina pra kepada pasca konversi menunjukkan perubahan hubungan dari sangat baik kepada sederhana. Sebaliknya hubungan intra etnik komuniti Cina Muslim dan Melayu Muslim memperlihatkan hubungan dari sederhana kepada sangat baik. Boleh dinyatakan bahawa pengalaman perkongsian budaya Melayu Muslim memudahkan proses pembauran komuniti Cina Muslim dalam kelompok Melayu Muslim yang marginal. Kajian juga menunjukkan bahawa dialog kehidupan yang berlaku dalam kalangan komuniti Cina Muslim memaparkan pelbagai bentuk cabaran pada sebelum dan selepas konversi. Hubungan yang tegang merupakan ciri yang paling banyak ditemui dalam komuniti Cina yang melakukan konversi agama Islam. Polemik ini berpunca daripada masalah konflik budaya, masalah bahasa dan sikap pandang rendah komuniti Muslim di sekitar. Hasil dapatan kajian ini penting bagi memberi garis panduan kepada golongan yang terlibat secara langsung dengan masyarakat Cina Muslim bagi memahami masyarakat Cina yang baru memeluk Islam melalui pendekatan secara berdialog bagi memupuk sikap saling faham-memahami dan toleransi antara kepelbagaian etnik.

                      Item Type: Thesis (PhD)
                      Additional Information: Thesis (Ph.D.) -- Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2015
                      Uncontrolled Keywords: Kajian; Pengalaman; Dialog; Kehidupan masyarakat; Cina; Muslim; Terengganu; Sebelum konversi; Selepas konversi
                      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                      Divisions: Academy of Islamic Studies
                      Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                      Date Deposited: 07 Nov 2015 16:39
                      Last Modified: 07 Nov 2015 16:39
                      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5990

                      Actions (For repository staff only : Login required)

                      View Item