Tafsir ayat dan istinbat hukum Imam al-Syafie serta pengamalannya dalam masyarakat Islam di Malaysia / Nornajwa Ghazali

Nornajwa , Ghazali (2018) Tafsir ayat dan istinbat hukum Imam al-Syafie serta pengamalannya dalam masyarakat Islam di Malaysia / Nornajwa Ghazali. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (1230Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis PhD)
    Download (4Mb) | Preview

      Abstract

      Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kepakaran Imam Syafi’i dalam bidang tafsir dan metodologi pentafsiran al-Quran pada zaman beliau. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti kecenderungan amalan masyarakat Islam Malaysia dalam isu-isu terpilih bidang solat, zakat dan wakaf. Karya Tafsir al-Imam al-Syafi’i mengandungi lebih daripada 745 tafsiran ayat dengan pemilihan ayat hukum sahaja sebagai subjek kajian. Kajian ini dijalankan menerusi kaedah penyelidikan kualitatif, data-data dikumpul melalui kaedah perpustakaan dan temubual tokoh akademik dan agamawan. Beberapa isu terpilih bidang solat, zakat dan wakaf dilakukan dengan mengambil kira sejarah, pengamalan, adat dan budaya, fakta kajian-kajian lalu serta masalah dan realiti semasa yang berlaku. Dapatan kajian menunjukkan metode tafsiran dan istinbat hukum Imam Syafi’i membentuk sebuah sebuah pakej lengkap metodologi pentafsiran al-Quran. Tujuh sumber tafsiran menjadi teras dalam pentafsiran beliau iaitu sumber wahyu, Hadith, para sahabat, ijmak, qiyas, sumber kesusasteraan dan bahasa Arab. Hasil kajian juga menunjukkan sebahagian besar amalan masyarakat dalam isu-isu wuduk, mulamasah, talaffuz niyyat, lafaz takbir, bacaan basmalah, ta’min, qunut, zikir dan doa adalah merujuk kepada tafsiran dan istinbat hukum hakam Imam Syafi’i. Isu zakat fitrah, zakat pendapatan dan isu wakaf dalam masyarakat pula mereaksikan pertentangan antara tafsiran dan istinbat hukum Imam Syafi’i. Faktor-faktor sejarah, kemajuan dan kemodenan telah dikenal pasti mempengaruhi isu-isu tersebut dalam tindakan dan amalan masyarakat Islam Malaysia.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.
      Uncontrolled Keywords: Al-Quran interpretation methodology; Imam Syafi’i; Leader of mufassir; Muslim community
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
      Divisions: Academy of Islamic Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 29 Jun 2018 16:33
      Last Modified: 06 May 2021 03:06
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8631

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item