Muhamad Mazlan, Abdul Majid (2015) Penguasaan istilah fiqh dalam kalangan murid sekolah rendah: Kajian di sekolah- sekolah rendah dalam zon Pudu, Wilayah Persekutuan / Muhamad Mazlan Abdul Majid. Masters thesis, Universiti Malaya.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap penguasaan murid sekolah rendah terhadap istilah-istilah fiqh yang terdapat di dalam buku teks Pendidikan Islam KBSR. Di sini kajian akan menumpukan kepada aspek pengajaran guru berkaitan istilah-istilah fiqh serta faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran murid. Populasi kajian ini adalah murid-murid tahun 5 dari tujuh buah sekolah dalam Zon Pudu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seramai 350 orang murid dipilih sebagai sampel dalam kajian ini di samping 7 orang guru. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan (survey) untuk mengumpul data dan ianya dianalisis secara diskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan murid terhadap istilah-istilah fiqh yang terdapat dalam buku teks Pendidikan Islam adalah sederhana terkesan daripada beberapa faktor berkaitan pengajaran dan pembelajaran guru. Kajian ini juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi murid terhadap istilah-istilah fiqh dengan tahap penguasaan murid terhadap istilah tersebut (r=0.756) serta hubungan antara persepsi murid terhadap pengajaran dan pembelajaran guru berkaitan istilah-istilah fiqh dengan tahap penguasaan murid terhadap istilah-istilah tersebut (r=0.559). Selain itu, beberapa cadangan telah dikemukakan dalam kajian ini untuk perhatian pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pihak Pengurusan dan para pendidik bagi meningkatkan lagi tahap penguasaan murid terhadap istilah-istilah fiqh.
Actions (For repository staff only : Login required)